Wednesday, October 22, 2008

Workshop Da'wah bersama Sheikh Yusuf Estes

Assalamualaikum wbt.InshaAllah Pertubuhan Kebajikan Al-Nidaa' (www.al-nidaa.com.my) dengan kerjasama IPSI (www.IPSI.com.my) akan menganjurkan satu workshop bersama seorang pendakwah tersohor dari Amerika Syarikat, Sheikh Yusuf Estes (www.islamtomorrow.com).

Beliau (seorang bekas paderi) telah berdakwah di lebih 60 negara dimana ratusan ribu orang telah mndengar mahupun menghadiri ceramahnya. Beliau juga yang boleh berbahasa Arab, adalah pengasas beberapa website Islam termasuk www.youtubeislam.com

Workshop yang akan dikendalikan didalam Bahasa Inggeris ini inshaAllah akan di adakan pada:

Tarikh: Isnin, 24 Nov 2008
Waktu: 9:00pg - 1.00 tghari
Tempat: Lembah Kelang (KL, Subang Jaya atau Shah Alam, tertakluk kepada jumlah penyertaan)

Yuran: RM30 seorang sahaja

Kepada yang berminat sila email kepada shimaderus@yahoo.co.uk dengan butiran sebelum 31 Oktober 2008: Nama:email:No. Telefon.

Firman Allah di dalam Surah Al-Maidah ayat 2, mafhumnya: "Tolong menolonglah kamu sekalian dalam kebaikan dan takwa"

No comments: