Tuesday, October 21, 2008

Wacana: "Apa Erti Saya Menganut Islam"

Wacana: "Apa Erti Saya Menganut Islam" Bhg 4 - Ust Hasrizal Abd Jamil, 29 Okt 2008

Apa Erti Saya Menganut Islam: Bhg. 4 “Saya Mestilah Muslim Dalam Berkeluarga”
oleh Ustaz Hasrizal Abdul Jamil penulis buku “Aku Terima Nikahnya” dan pengendali laman web saifulislam.com

8.15mlm, Rabu, 29 Oktober 2008
Pertubuhan Kebajikan al-Nidaa’ Malaysia
17A, Lorong Datuk Sulaiman 7,
Taman Tun Dr. Ismail,
60000 Kuala Lumpur


Ringkasan tajuk:

“Seorang Muslim harus menyedari hakikat bahawa beliau bertanggungjawab menegakkan masyarakat Islam dan menyampaikan Islam kepada masyarakat.

Langkah pertama dari tanggungjawab ini yang merupakan langkah yang bersifat tabii dalam usaha ini ialah mendirikan sebuah rumahtangga Muslim.

Untuk mejayakan usaha membina sebuah rumahtangga yang baik, Islam telah menunjukkan beberapa anasir dan sebab-sebab yang memudahkan tanggungjawab dan pencapaian maklumat pembinaan rumahtangga tersebut.”

“Sebenarnya ramai manusia menjadi Muslim kerana hobi atau dilahirkan oleh kedua orang ibubapanya yang memang beragama Islam. Mereka ini pada hakikatnya tidak memahami makna menggabungkan diri dengan Islam. Mereka juga tidak mengerti tentang tuntutan-tuntutan dari penggabungan ini. Lantaran inilah anda dapat melihat mereka berada di satu pihak manakala Islam pula berada di pihak yang lain.” (Mukadimah “Apa Ertinya Saya Menganut Islam”)

Lokasi


Untuk maklumat lanjut sila hubungi:
03-77106900 atau 012-2820244
http://www.al-nidaa.com.my/

Bayaran Masuk:
Dewasa = RM 10
Pelajar = RM 5

No comments: