Friday, June 27, 2008

Talk: DECEPTION IN NEW WORLD ORDER

Bismillah hirrahmaa nirrahim

Tajuk
DECEPTION IN NEW WORLD ORDER

Speaker
Dr Abdullah Hakim Quick

DATE :
Tuesday, 1 / 07 / 2008

TIME :
8.00 PM—10.30PM [ Refreshments@ 8PM only ]

VENUE :
Auditorium, MPSJ, USJ5, Subang Jaya
Selangor.

Masuk adalah percuma

Anda digalakkan membawa
kawan/kenalan bukan muslim.

Hubungi : Saudara Headir 012 221 3477

Sila sampaikan pada kenalan dan sahabat.

Pengenalan Penceramah

Dr Abdullah Hakim Quick dilahirkan di Amerika Syarikat dan memeluk Islam di Kanada pada tahun 1970. Beliau mendalami pengajian Islam di Universiti Islam Madinah, Arab Saudi di mana beliau memperolehi ijazah daripada Kolej Da’wah dan Sains Islam pada tahun 1979. Selepas itu beliau memperolehi Ijazah Sarjana dan Kedoktoran dalam Pengajian Afrika di University of Toronto, Canada. Tesis beliau adalah analisa terhadap kehidupan awal Shaykh ‘Uthman Dan Fodio, seorang ulamak, mujaahid dan aktivis sosial daripada Afrika Barat.
Kini, Shaykh Abdullah adalah seorang Pensyarah Kanan (Islam di Africa) di International Peace University of South Africa, Cape Town. Beliau juga pernah menjadi Pensyarah Kanan di Darul Arqam Islamic Institute, Muslim Judicial Council, Cape Town daripada 1998 – 2005, serta menjadi Pensyarah Jemputan di York University, University of Toronto dan McGill University for the departments of History, Women’s Studies, Geography and Middle East Studies.
Dr. Abdullah Hakim Quick seorang ilmuan antarabangsa, penceramah, dai’e, dan ahli sejarah. Beliau telah menjelajah ke 51 buah negara dalam usaha mencari ilmu dan mendakwahkan Deenul Islam berkaitan isu yang membabitkan kemanusiaan sejagat.
Beliau aktif dalam menyusun bengkel pendidikan Islam, dakwah, wacana ilmu, serta menerbitkan bahan-bahan media dakwah.

Beliau sekarang berada di Malaysia dan berkesempatan memberi ceramah dengan tajuk yang sungguh menarik dan bersesuaian dengan keadaan semasa.