TERBUKA KEPADA SEMUA GRADUAN DAN BAKAL GRADUAN TAHUN 2008 DALAM BIDANG PENGAJIAN ISLAM, BIOTEKNOLOGI, SAINS MAKANAN DAN TEKNOLOGI MAKANAN. 
Institut Keusahawanan dan Koperasi (INSKEN) di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MeCD) akan mengadakan temuduga terbuka bagi graduan yang berminat menyertai Program Mewujudkan Perunding Produk Halal mulai tahun 2008 hingga 2010. Program ini bermatlamat untuk mewujudkan syarikat perunding/pakar rujuk berkaitan pengeluaran produk halal disamping memberi peluang perniagaan kepada siswazah yang masih belum mendapat pekerjaan. 
Calon yang terpilih akan diberikan latihan komprehensif selama setahun. 
-6 bulan pertama latihan teori di Port Dickson 
-6 bulan kedua latihan praktikal di syarikat-syarikat pengeluar 
produk HALAL 
Di sepanjang tempoh program para peserta akan disediakan dengan: 
-Tempat Tinggal 
-Makan Minum 
-Elaun bulanan sebanyak RM500 
-Sijil yang diiktiraf oleh MECD, JAKIM, dan HDC 
Peluang ini terbuka kepada sesiapa yang berminat untuk: 
-Bekerja sebagai Eksekutif HALAL di syarikat-syarikat 
pengeluar produk HALAL 
-Menjadi Perunding bagi syarikat produk HALAL. 
-Menubuhkan syarikat Perunding HALAL. 
Kepada yang berminat boleh menyertai temuduga terbuka seperti berikut: 
Temuduga terbuka akan diadakan megikut kawasan: 
| TEMPAT  | TARIKH  | MASA  | 
| Zon Tengah:  ( Bilik Mesyuarat INSKEN, MECD,    | 10 Jun 2008  25 Jun 2008  | 8.00pg-3.00ptg  | 
| Zon Timur:  Pejabat MARA negeri Kelantan  Pejabat MARA negeri   Terengganu  Pejabat MARA negeri Pahang  | 22 Jun 2008  23 Jun 2008  24 Jun 2008  | 8.00pg-3.00ptg  | 
| Zon Utara:  Pejabat MARA negeri Kedah  Pejabat MARA negeri Pulau   Pinang  Pejabat MARA negeri Perak  | 22Jun 2008  23 Jun 2008  24 Jun 2008  | 8.00pg-3.00ptg  | 
| Zon Selatan:  Stesen MARDI Johor Bahru  Pejabat MARDI Negeri Melaka  | 21 Jun 2008  22 Jun 2008  | 8.00pg-3.00ptg  | 
Sebarang pertanyaan lanjut boleh dikemukakan kepada: 
1)�� En. Mohd Zainuddin Hj Mat Hassan 
03-88805741/017-9056031 
2) Hj Wan Johari Hj Wan Daud 
013-3368116 
3)Hajjah Nuriah Hj Mohd Amin 
03-92844319/019-2242100 
* Tempat adalah terhad hanya 35 peserta dari seluruh 
 
 
No comments:
Post a Comment