Monday, June 2, 2008

Seminar “BUKU AGUNG DAN KARYA PERDANA DALAM TAMADUN ISLAM DAN PERADABAN MELAYU”


Seminar “BUKU AGUNG DAN KARYA PERDANA DALAM TAMADUN ISLAM

DAN PERADABAN MELAYU”

12 - 13 Ogos 2008 / 10 - 11 Syaaban 1429H

Anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

Bertempat di Dewan Besar, IKIM, Kuala Lumpur

http://www.ikim.gov.my/

PENGENALAN

Kajiselidik oleh Prof. Atan Long dalam tahun 1979 mendapati purata warga Malaysia membaca hanya 2 halaman setahun. Satu kajiselidik lain telah dibuat dalam tahun 1996, dan angka tersebut telah meningkat kepada 2 buah buku setahun. Walau bagaimanapun, dalam kajiselidik tahun 2005 yang diselenggarakan oleh Perpustakaan Negara dengan kerjasama Jabatan Perangkaan, tabiat membaca warga Malaysia didapati tidak berubah.

MATLAMAT

Tujuan dan matlamat seminar ini adalah:

untuk merangsang minat membaca pada peringkat tinggi dengan memperkenalkan pelbagai karangan luhur dan buku agung dalam tamadun Islam dan peradaban Melayu dari segi buah fikiran pengarangnya, tunjuk-ajarnya, serta nasihat dan bimbingannya dalam mentafsir dan menjelaskan sumber-sumber Islam seperti al-Qur’an, Sunnah, qiyas, dan yang seterusnya;

menyorot aspek-aspek yang dipelopori oleh karya-karya agung tersebut dalam bidang ilmiahnya masing-masing, serta sumbangannya dalam memajukan bukan sahaja umat Islam, bahkan juga tamadun Dunia sama ada secara kerohanian mahupun kebendaan, spiritual mahupun material;

mengulas karya-karya berpengaruh yang merangkum bidang ekonomi, kewangan, politik, pendidikan, akhlak, undang-undang, sains perubatan, perbandingan agama, falsafah, metafizika, sastera dan lain-lain lagi; dan

mengupas buku agung/karya perdana seperti karya al-Ghazali, Ibn Sina, Muhammad Iqbal, Ibn Khaldun, Fakhruddin al-Razi, al-Nasafi, Shahrastani, Ibn al-Qayyim, Hadji Agoes Salim, Amir Hamzah, Za‘ba dan sebagainya lagi.

PENYERTAAN

Seminar ini terbuka kepada para pencinta buku, pemimpin, cendekiawan, penggubal dan pelaksana dasar, pentadbir, penggiat masyarakat, ahli akademik, penyelidik, kakitangan perkhidmatan awam dan swasta, ahli pertubuhan bukan kerajaan dan badan sukarela, mahasiswa Institusi Pengajian Tinggi, para guru, ibu-bapa, para pelajar serta sesiapa sahaja yang berminat. Yuran penyertaan bagi wakil Institusi/ Agensi/ Jabatan ialah RM300.00 seorang; RM150.00 seorang bagi individu; manakala RM50.00 seorang untuk penuntut IPT sepenuh masa (Ijazah pertama).

Yuran penyertaan ini tidak termasuk kos penginapan dan pengangkutan.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:

Pn. Sarina Othman, Pengurus Program /

En. Mohd Sholihin Mohamad, Penolong Pengurus Program

Tel : 03 - 6204 6320 / 321 / 322 / 323

Faks : 03 - 6204 6201 / 6201 4189

E-mel : sarina@ikim.gov.my / sholihin@ikim.gov.my

www.ikim.gov.my

12 OGOS 2008 / 10 SYAABAN 1429H (SELASA)

8.00 pg. Pendaftaran Para Peserta

MAJLIS PERASMIAN

9.10 pg. Ucapan Alu-aluan oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Seri (Dr.) Ahmad Sarji bin Abdul Hamid,

Pengerusi, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

9.20 pg. Ucapan Perasmian

9.45 pg. Ucap Utama bertajuk “Karya al-Ghazzali Ihyā’ ‘Ulūmiddīn: Menyegarkan Akal dari Kejahatan Moral dan dari Sikap Tak Ambil Peduli terhadap Kemunduran Sosial” oleh YM Tuan Dr. Syed Ali Tawfik Al-Attas, Ketua Pengarah, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

10.15 pg. Jamuan Ringan

SIDANG I : KARYA DAN PEMIKIRAN TOKOH-TOKOH TERKENAL PERSURATAN MELAYU

Pengerusi : YBhg. Dr. Kasmini Kassim (Ahli Lembaga Pengarah IKIM / Pakar Perunding Psikiatri, Hospital Pakar Damansara)

10.45 pg. Kertas 1 : “Karya-Karya Pendeta Za’ba: Perintis dalam Membicarakan Seni Mengarang dan Retorika Melayu” Pembentang : YBhg. Prof. Emeritus Dato’ Dr. Asmah Haji Omar (Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya [UM])

11.15 pg. Kertas 2 : “Djedjak Langkah Karangan Hadji Agoes Salim: Keindahan Bahasa Melayu dalam Prosa” Pembentang : Tuan Haji Mohd Affandi Hassan

(Pengarang dan Pengasas, Gagasan Persuratan Baru)

11.45 pg. Kertas 3 : “Karya dan Pengucapan Amir Hamzah Selaku Tokoh Terbesar Puisi Melayu Moden” Pembentang : YBhg. Prof. Dato’ Dr. Md. Salleh Yaapar (Pengarah, Penerbit UniversitI Sains Malaysia [USM])

12.15 tgh. Sesi Soal Jawab dan Perbincangan

1.00 tgh. Jamuan Tengah Hari dan Solat Zohor

SIDANG II : KITAB-KITAB ASASI SUMBER KEPERCAYAAN ISLAM

Pengerusi : Pn. Siti Fatimah Abdul Rahman (Fellow Kanan, Pusat Ekonomi dan Kajian Sosial, IKIM)

2.30 ptg. Kertas 4 : “Tafsir al-Qur’an Mafātīh al-Ghayb: Karya Teragung dan Terpenting oleh Fakhruddin al-Razi” Pembentang : YBhg. Dr. Mohd Farid Mohd Shahran (Jabatan Usuluddin dan Perbandingan Agama, Kulliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia [UIAM])

3.00 ptg. Kertas 5 : “Zād al-Ma‘ād: Karya Sunnah Ensiklopedik oleh Ibn al Qayyim al-Jawziyyah” Pembentang : YBhg. Sahibus Samahah Dr. Mohd Asri Zainul Abidin (Mufti Kerajaan Negeri Perlis)

3.30 ptg. Kertas 6 : “‘Aqā’id oleh ‘Umar al-Nasafī: Mengisbatkan Islam

sebagai Agama Berasaskan Ilmu bukan Sophistry” Pembentang : En. Md. Asham Ahmad (Fellow, Pusat Syariah, Undang-undang dan Sains Politik, IKIM)

4.00 ptg. Sesi Soal Jawab dan Perbincangan

4.30 ptg. Penangguhan

13 OGOS 2008 / 11 SYAABAN 1429H (RABU)

SIDANG III : KARYA-KARYA METAFIZIKA, PERUNDANGAN & SAINS KEMASYARAKATAN Pengerusi : En. Abu Bakar Yang (Fellow, Pusat Sains dan Teknologi, IKIM)

8.30 pg. Kertas 7 : “Al-Futūhāt al-Makkiyyah fī Ma‘rifat al-Asrār al-Mālikiyyahwa al-Mulkiyyah karya Metafizika 560 bab oleh Muhyiddin Ibn al-‘Arabi” Pembentang : YBhg. Dr. Mohd Sani Badron (Fellow Kanan / Pengarah, Pusat Ekonomi dan Kajian Sosial, IKIM)

9.10 pg. Kertas 8 : “Al-Risālah Karangan Imam Shafi‘i: Pencetus Karya Asas-Asas Persyariatan Islam” Pembentang : YBhg. Dr. Wan Azhar Wan Ahmad

(Fellow Kanan / Pengarah, Pusat Syariah, Undang-undang dan Sains Politik, IKIM)

9.50 pg. Kertas 9 : “Pendahuluan Kitab al-‘Ibar Ibn Khaldun: Pengasas Ilmu Sejarah sebagai Disiplin Sains Kemasyarakatan & Aplikasi Historiografi oleh Muridnya al-Maqrizi dalam al-Khitat ” Pembentang : YBhg. Dr Aliza Elias

(Kulliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia [UIAM])

10.30 pg. Sesi Soal Jawab dan Perbincangan

11.00 pg. Jamuan Ringan

SIDANG IV : KARYA-KARYA BERJASA ULAMA’ NUSANTARA

Pengerusi : Cik Nor Hartini Saari (Pegawai Penyelidik, Pusat Ekonomi dan Kajian Sosial, IKIM)

11.30 pg. Kertas 10 : “Bustan al-Salatin oleh Nuruddin al-Raniri:

Karya Ensiklopedik Sejarah Dunia dan Persuratan Melayu” Pembentang : YBhg. Dr. Jelani Harun (Pensyarah, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia [USM])

12.10 tgh. Kertas 11 : “Karya-Karya Shaykh Dawūd al-Fatānī (awal abad ke-19)

dan Kesatuan Pemikiran, Fiqh dan Akhlaq Umat Melayu”

Pembentang : En. Farid Mat Zain (Pensyarah Kanan, Jabatan Pengajian Arab & Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia [UKM])

12.50 tgh. Sesi Soal Jawab dan Perbincangan

1.30 tgh. Jamuan Tengah Hari dan Solat Zohor

SIDANG V : KARYA-KARYA PERDANA PERUBATAN, EKONOMI DAN KEWANGAN

Pengerusi : En. Muhammad Hisyam Mohamad (Fellow, Pusat Ekonomi dan Kajian Sosial, IKIM)

2.30 ptg. Kertas 12 : “Perubatan Ibn Sina dan Kitabnya al-Qānūn fī al-Tibb”

Pembentang : YBhg. Dr. Mohd. Hilmi Abdullah

(Penterjemah Melayu Qānūn 4 jilid / Pensyarah, Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra [KIAS])

3.10 ptg. Kertas 13 : “Kitāb al-Amwāl oleh Abū ‘Ubayd: Menerajui Pembangunan Institusi-Institusi Kewangan Awam (Public Finance)”

Pembentang : YBhg. Dr Ugi Suharto (Penyelidik, Institute for the Study of Islamic Thought and Civilization [INSISTS], Jakarta / Kulliyyah Ekonomi dan Sains Pengurusan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia [UIAM])

3.50 ptg. Kertas 14 : “Percukaian dan Peranannya dalam Pembangunan Ummah

menurut Pandangan Ibn Khaldun”

Pembentang : YBhg. Tuan Haji Nik Mustapha Haji Nik Hassan (Timbalan Ketua Pengarah, IKIM)

4.30 ptg. Majlis Penutup oleh YBhg. Tuan Haji Nik Mustapha Haji Nik Hassan,

Timbalan Ketua Pengarah, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

5.00 ptg. Bersurai

No comments: