Monday, June 30, 2008
Friday, June 27, 2008
temubual eksklusif bersama Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Mufti Negeri Perlis
Assalamu'alaikum
Untuk makluman, InsyaAllah pada segmen *Isu Semasa di Radio IKIM.fm insya-allah pada 30 Jun 2008 (Isnin) jam 10.30am* akan disiarkan *temubual eksklusif* saya dgn *Y.Bhg S.S. Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Mufti Negeri Perlis*. Pelbagai topik akan dikupas, termasuk pergolakan semasa yg melanda umat Melayu-Islam dan survival ummah di negara ini.
di mailing-list lain.
Semoga ada manfaatnya.. .
Ir. Ahmad Jais Alias ir_jais_miat@yahoo.com
Fellow, PPLI
IKIM
Talk: DECEPTION IN NEW WORLD ORDER
Tajuk
DECEPTION IN NEW WORLD ORDER
Speaker
Dr Abdullah Hakim Quick
DATE :
Tuesday, 1 / 07 / 2008
TIME :
8.00 PM—10.30PM [ Refreshments@ 8PM only ]
VENUE :
Auditorium, MPSJ, USJ5, Subang Jaya
Selangor.
Masuk adalah percuma
Anda digalakkan membawa
kawan/kenalan bukan muslim.
Hubungi : Saudara Headir 012 221 3477
Sila sampaikan pada kenalan dan sahabat.
Pengenalan Penceramah
Dr Abdullah Hakim Quick dilahirkan di Amerika Syarikat dan memeluk Islam di Kanada pada tahun 1970. Beliau mendalami pengajian Islam di Universiti Islam Madinah, Arab Saudi di mana beliau memperolehi ijazah daripada Kolej Da’wah dan Sains Islam pada tahun 1979. Selepas itu beliau memperolehi Ijazah Sarjana dan Kedoktoran dalam Pengajian Afrika di University of Toronto, Canada. Tesis beliau adalah analisa terhadap kehidupan awal Shaykh ‘Uthman Dan Fodio, seorang ulamak, mujaahid dan aktivis sosial daripada Afrika Barat.
Kini, Shaykh Abdullah adalah seorang Pensyarah Kanan (Islam di Africa) di International Peace University of South Africa, Cape Town. Beliau juga pernah menjadi Pensyarah Kanan di Darul Arqam Islamic Institute, Muslim Judicial Council, Cape Town daripada 1998 – 2005, serta menjadi Pensyarah Jemputan di York University, University of Toronto dan McGill University for the departments of History, Women’s Studies, Geography and Middle East Studies.
Dr. Abdullah Hakim Quick seorang ilmuan antarabangsa, penceramah, dai’e, dan ahli sejarah. Beliau telah menjelajah ke 51 buah negara dalam usaha mencari ilmu dan mendakwahkan Deenul Islam berkaitan isu yang membabitkan kemanusiaan sejagat.
Beliau aktif dalam menyusun bengkel pendidikan Islam, dakwah, wacana ilmu, serta menerbitkan bahan-bahan media dakwah.
Beliau sekarang berada di Malaysia dan berkesempatan memberi ceramah dengan tajuk yang sungguh menarik dan bersesuaian dengan keadaan semasa.
Thursday, June 26, 2008
AFTERNOON TALK -Friday, 27th June 2008, 12:30 pm
Dr. Abdullah Hakim Quick
(Scholar and Da’ie from Canada)
More about him?
www.al-nidaa. com.my
AFTERNOON TALK -
Friday, 27th June 2008, 12:30 pm
Venue:
Masjid As-Syakirin, KLCC
Kuala Lumpur
Contact person:
Zainuddin 012-2820244
Monday, June 23, 2008
Eksekutif HALAL: PELUANG KERJA
TERBUKA KEPADA SEMUA GRADUAN DAN BAKAL GRADUAN TAHUN 2008 DALAM BIDANG PENGAJIAN ISLAM, BIOTEKNOLOGI, SAINS MAKANAN DAN TEKNOLOGI MAKANAN.
Institut Keusahawanan dan Koperasi (INSKEN) di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MeCD) akan mengadakan temuduga terbuka bagi graduan yang berminat menyertai Program Mewujudkan Perunding Produk Halal mulai tahun 2008 hingga 2010. Program ini bermatlamat untuk mewujudkan syarikat perunding/pakar rujuk berkaitan pengeluaran produk halal disamping memberi peluang perniagaan kepada siswazah yang masih belum mendapat pekerjaan.
Calon yang terpilih akan diberikan latihan komprehensif selama setahun.
-6 bulan pertama latihan teori di Port Dickson
-6 bulan kedua latihan praktikal di syarikat-syarikat pengeluar
produk HALAL
Di sepanjang tempoh program para peserta akan disediakan dengan:
-Tempat Tinggal
-Makan Minum
-Elaun bulanan sebanyak RM500
-Sijil yang diiktiraf oleh MECD, JAKIM, dan HDC
Peluang ini terbuka kepada sesiapa yang berminat untuk:
-Bekerja sebagai Eksekutif HALAL di syarikat-syarikat
pengeluar produk HALAL
-Menjadi Perunding bagi syarikat produk HALAL.
-Menubuhkan syarikat Perunding HALAL.
Kepada yang berminat boleh menyertai temuduga terbuka seperti berikut:
Temuduga terbuka akan diadakan megikut kawasan:
TEMPAT | TARIKH | MASA |
Zon Tengah: ( Bilik Mesyuarat INSKEN, MECD, | 10 Jun 2008 25 Jun 2008 | 8.00pg-3.00ptg |
Zon Timur: Pejabat MARA negeri Kelantan Pejabat MARA negeri Terengganu Pejabat MARA negeri Pahang | 22 Jun 2008 23 Jun 2008 24 Jun 2008 | 8.00pg-3.00ptg |
Zon Utara: Pejabat MARA negeri Kedah Pejabat MARA negeri Pulau Pinang Pejabat MARA negeri Perak | 22Jun 2008 23 Jun 2008 24 Jun 2008 | 8.00pg-3.00ptg |
Zon Selatan: Stesen MARDI Johor Bahru Pejabat MARDI Negeri Melaka | 21 Jun 2008 22 Jun 2008 | 8.00pg-3.00ptg |
Sebarang pertanyaan lanjut boleh dikemukakan kepada:
1)�� En. Mohd Zainuddin Hj Mat Hassan
03-88805741/017-9056031
2) Hj Wan Johari Hj Wan Daud
013-3368116
3)Hajjah Nuriah Hj Mohd Amin
03-92844319/019-2242100
* Tempat adalah terhad hanya 35 peserta dari seluruh
Sunday, June 22, 2008
Seminar Metodologi Pengajian Ilmu Hadith
Anda dijemput untuk menyertai seminar HADIS kami
TAJUK:
"Seminar Metodologi Pengajian Ilmu Hadith"
PANEL:-
MAULANA ASRI YUSOFF
UST AHMAD NASIM
UST AHMAD HANIEF
TEMA:
“Sunnah Dijulang Ummah Terbilang ”
TARIKH:
5 dan 6 hb Julai 2008
T EMPAT:
Masjid al-Ghufran Taman Tun Dr Ismail (TTDI)
Anjuran
INSTITUT AL-QAYYIM
DENGAN KERJASAMA
PUSAT PENGAJIAN Al-QUR’AN DARUL KAUTSAR
YURAN:
RM 50 BAGI ORANG AWAM
RM 30 BAGI PELAJAR
(TERMASUK TEMPAT TINGGAL, MAKANAN DAN BAHAN DALAM FAIL)
(TEMPAT TERHAD KEPADA 80 0RANG SAHAJA)
TARIKH TUTUP PENDAFTARAN:
30 HB JUN 2008
MAKLUMAT LANJUT BOLEH RUJUK KEPADA SAUDARA QAYUM DI 013-9977386 ATAU SAUDARI HAJAR DI 012-6866761. (kepada yang telah mendaftar kepada Arif Ariffin, penyertaan anda adalah juga diterima)
DISERTAKAN JUGA PAMPHLET PROGRAM UNTUK KETERANGAN TENTANG TENTATIF, PETA KAWASAN DAN LAIN-LAIN.
TOLONG SEBARKAN KEPADA RAKAN-RAKAN ANDA, JANGAN LEPASKAN PELUANG INI.......
Saturday, June 21, 2008
SEMINAR ISU-ISU SEMASA TAMADUN UMMAH
ATURCARA PROGRAM
SEMINAR ISU-ISU SEMASA TAMADUN UMMAH
TARIKH : 25 JUN 2008 ( Rabu )
TEMPAT : HOTEL GRAND SEASONS
KUALA LUMPUR
MASA : 8.00 PAGI – 5.00 PETANG
8.00 pg – 8.30 pg : Pendaftaran Peserta
8.30 pg – 9.45 pg : Ceramah 1
Tajuk: Penguasaan Ilmu Dalam Menghadapi Era Globalisasi
Oleh : Y.Bhg. Prof. Dato’ Dr. Osman bin Bakar
Pensyarah International Institut Of Islamic Tought & Civilation
(ISTAC)
9.45 pg – 10.00 pg : Minum Pagi
10.00 pg – 11.30 pg : Forum
Moderator : Ustaz Ismail bin Noor (JAKIM)
Ahli Panel: 1. Prof. Dato’ Muhammad bin Abu Bakar Dekan Fakulti Sastera & Sains Sosial (UM)
2. En. Yusri bin Muhammad
Presiden Angkatan Belia Islam
Tajuk : Isu-isu Semasa Umat Islam dan Cabarannya
11.30 pg – 1.30 tgh : Bengkel
1.30 tgh – 2.30 ptg : Makan Tgh / Solat Zohor
2.30 ptg : Ketibaan para jemputan
: Ketibaan Naib Canselor IPTA / IPTS
: Ketibaan YB Senator Dato’ Dr. Mashitah binti Ibrahim
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri
2.50 ptg – 3.00 ptg : BACAAN DOA
: Ucapan Aluan
Oleh: Y. Bhg Dato’ HJ. Wan Mohamad bin Dato’ Sheikh Abdul Aziz
Ketua Pengarah
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
3.20 ptg – 4.00 ptg : Ucapan Perasmian
Oleh: YB Senator Dato’ Dr. Mashitah binti Ibrahim
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri
: Penyampaian Cenderahati
: Sidang Media
: Minum Petang / bersurai
SEMINAR ISU-ISU SEMASA TAMADUN UMMAH IPTA/IPTS
PERINGKAT KEBANGSAAN 2008
Kepada
Pengarah Bahagian Dakwah
Jabatan Kemajuan Islam
62519 Putrajaya.
( U/P: US. RUSHDAN BIN AB. HADI)
mazlinuri@JAKIM.islam.gov.my
NO TEL:03-8886 4167 FAKS: 03-8889 2041
Assalamualaikum.
Y. Bhg. Tuan,
PENGESAHAN KEHADIRAN
Sukacita dimaklumkan bahawa bersama ini disenaraikan nama peserta untuk menghadiri Seminar Isu-Isu Semasa Tamadun Ummah IPTA/IPTS Peringkat Kebangsaan 2008.
BIL | NAMA | JAWATAN | INSTITUSI/JABATAN |
| | | |
| | | |
| | | |
| | | |
| | | |
| | | |
| | | |
Sekian, terima kasih.
………………………………..
Tandatangan & Cop Jabatan
Nama:
Mimos Computer Warehouse Sale
Mimos Computer Warehouse Sale
27 to 29 June 2008
Time : 10am to 7pm
Location (Tel 603 8075 7088)
MIMOS Smart Computing Sdn Bhd
1, Jalan BK 1/13, Kinrara Industrial Park
Bandar Kinrara
6 ½ Miles, Jalan Puchong – Sg Besi
58200 Kuala Lumpur
www.smart.com.my
Mimos Computer Warehouse Sale
Notebook at RM1199
Products Offered
Notebooks - RM1199
Refurbish Desktops - RM200 onwards
Printers - HP, Canon, Samsung, Lexmark
Projector
Computer Peripherals
Computer Components
and more
Time : 10am to 7pm
Location (Tel 603 8075 7088)
MIMOS Smart Computing Sdn Bhd
1, Jalan BK 1/13, Kinrara Industrial Park
Bandar Kinrara
6 ½ Miles, Jalan Puchong – Sg Besi
58200 Kuala Lumpur
www.smart.com.my
Wednesday, June 18, 2008
DAURAH iLMiYAH MANHAJ SALAF
BERSAMA AKADEMi PENGAJiAN AL-FAQEH
35-A, Jalan Cokmar 1, Taman Mutiara, Bukit Raja, Off Jalan Meru, 40100 Klang Selangor Darul Ehsan.
http://al-faqeh. blogspot. com/
28 & 29 Jun 2008 (Sabtu & Ahad)
8.00 pagi – 5.00 petang
---@@@---
Hari Pertama – 28 Jun 2008, Sabtu, 8.00 pagi – 5.00 petang
Perbahasan Kitab:
6 Pilar (Asas/Rukun) Dakwah Salafiyah (Tulisan/Karya Sheikh Abdul Malik Ramadhani al-Jazairi), oleh Ustaz Abu Ihsan al-Atsari [1]
Aturcara:
08.00 – 09.00 pagi: Pendaftaran Peserta
09.00 – 09.15 pagi: Ucapan Pengerusi al-Faqeh
09.15 – 10.30 pagi: Pilar 1 – Mengikhlaskan Agama Kerana Allah
10.30 – 10.45 pagi: Rehat/Minum Pagi
10.45 – 11.15 pagi: Sesi Soal-Jawab
11.15 – 12.30 t.hr.: Pilar 2 – Jalan Menuju Allah Hanya Satu
12.30 – 02.00 petang: Makan Tengah hari/Solat Zuhur
02.15 - 03.30 petang: Pilar 3 – Mentaati al-Qur’an & Sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi was sallam berdasarkan manhaj Salafus Soleh
03.30 – 03.45 petang: Rehat/Minum Petang
03.45 – 04.45 petang: Sesi Soal-Jawab
04.45 – 05.00 petang: Solat Asar, Bersurai
---@@@---
Hari Kedua – 29 Jun 2008, Ahad, 8.00 pagi – 5.00 petang
Perbahasan Kitab:
6 Pilar (Asas/Rukun) Dakwah Salafiyah (Tulisan/Karya Sheikh Abdul Malik Ramadhani al-Jazairi), oleh Ustaz Abu Ihsan al-Atsari
Aturcara:
08.00 – 09.30 pagi: Pilar 4 – Menggapai Kemulian Dengan Ilmu
09.30 – 09.45 pagi: Rehat/Minum Pagi
09.45 – 10.15 pagi: Sesi Soal-Jawab
10.15 – 11.30 pagi: Pilar 5 - Membantah Pemikiran Yang Menyelisihi al-Haq Sebagai Sebahagian Dari Amar Ma’ruf Nahi Mungkar.
11.30 – 12.45 t.hr.: Pilar 6 – Tashfiyah (Pemurnian) Dan Taribyah (Pembinaan) Di atas Jalan Islam Yang Sahih
12.45 – 01.00 petang: Sesi Soal-Jawab
02.15 – 03.30 petang: Forum Bersama Asatizah al-Faqeh[2];
1 – Ustaz Rasul Dahri
2 – Ustaz Sofwan Badri
3 – Ustaz Helmi
4 – Ustaz Azahari Murad
5 – Ustaz Abu Ruwais
6 – Ustaz Firdaus
7 – Ustaz Zulfaqar
03.30 – 03.45 petang: Istirehat/Minum Petang
03.45 – 04.30 petang: Sesi Forum Disambung
04.30 – 04.45 petang: Rumusan & Penutup
05.00 petang: Solat Asar, Bersurai.
---@@@---
Untuk Pendaftaran & Maklumat lanjut, Bolehlah berhubung dengan Saudara Adi Negara (016-2091531) , Nawawi (012-6887715/ 019-3081940) , atau Razak (017-9362125) . Peserta adalah terhad kepada lelaki dan 80 yang pertama sahaja.
Untuk Menyertai, bayaran akan dikenakan sebanyak RM15.00 untuk nota dan kertas kerja (termasuk buku). Makanan akan disediakan.
---- Nota Kaki ----
[1] Ustaz Abu Ihsan al-Atsari adalah salah seorang panel/pemantau kerja-kerja penterjemahan kitab-kitab Arab di Indonesia bersama Pustaka Imam asy-Syafi’i. Juga giat menjalankan pelbagai kuliah-kuliah bermanhaj salaf dan program-program ilmiyah di Indonesia, Malaysia, Jepun dan beberapa negara yang lain.
[2] Mereka adalah panel/ustaz yang menjayakan program-program pendidikan dan pengajian ilmiyah di Akademi Pengajian al-Faqeh dalam pelbagai skop seperti Kuliah aqidah, fiqh, hadis, tafsir, qira’at, tajwid, dan lain-lain (sila rujuk jadual pengajian al-Faqeh).
Husnuzzan (Berbaik Sangka) Sesama Muslim
Segala puji Bagi Allah Yang Maha Pengampun segala kesalahan dan Maha Menerima taubat hamba-Nya. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad, keluarga dan sahabat Baginda.
Sama-samalah kita berlumba membuat kebajikan dan amalan soleh serta memperbaiki diri sebagai bekalan untuk hari esok sebagaimana firman Allah Ta’ala (yang bermaksud): “Hari yang tidak berguna harta benda dan anak pinak kecuali mereka yang datang kepada Allah dengan hati yang sejahtera”.[Surah Asy-Syu’ara’ 88-89]
Hubungan yang murni dan suci sesama manusia merupakan maqasid (tujuan syariat) Islam, iaitu berlapang dada, mesra, kasihan belas, ukhuwwah, berkasih sayang dan sebagainya. Adalah menjadi kewajipan ke atas kita untuk mengekalkan hubungan dan ikatan sesama insan seteguh cerucuk yang ditanam dan sekukuh bangunan yang dibina, kita hendaklah bertemu manusia dengan dada yang lapang, hati yang bersih dan muka yang manis. Seterusnya kita hendaklah berbaik sangka dalam hubungan sesama manusia, menjauhkan sikap memandang serong kepada amalan orang, pegangan (aqidah) dan perkataan mereka.
Jika diperhatikan hubungan sesama muslim, kita akan dapati satu fenomena yang mendukacitakan, dengan ikatan persaudaraan yang tercarik dan simpulan ukhuwwah yang terungkai, disebabkan oleh sangkaan dan prasangka buruk, syak wasangka dan tuduhan yang tidak berasas.
Banyak kedengaran dalam majlis perbincangan umum ataupun khusus, tuduhan-tuduhan seperti; ‘pulan bermaksud begini’, ‘niat si pulan begini’, ‘maksud perbuatan atau perkataannya begini’… perkara seperti ini, semuanya lahir daripada buruk sangka yang merosakkan, menyalakan perasaan dengki dan kebencian, meruntuhkan hubungan baik masyarakat, menggoncangkan keutuhan ukhuwwah, memutuskan tali kekeluargaan, menanamkan sifat ragu dikalangan individu dan masyarakat. Bahkan berapa banyak yang telah kita dengar peristiwa besar dan bencana yang menimpa berpunca daripada sangkaan jahat (su’ uzzan) yang diletakkan bukan pada tempatnya.
Apabila penyakit su’ uzzan menular ke dalam diri, ianya akan membawa kepada; terlalu cepat membuat tuduhan, suka mencari kesalahan orang, suka menerima berita keburukan orang, suka mencari dan menyelidik rahsia keburukan orang. Kerana itu kita lihat orang yang bersikap su’ uzzan sering berkata: “Saya akan cuba memastikan kebenaran perkara ini”, maka, dia mula mencari rahsia dan kemungkinan dia akan mengumpat. Mungkin juga, dia akan menyebut saudara muslimnya dengan perkataan jahat maka dengan itu dia telah melakukan dosa yang berganda dan maksiat yang merosakkan. Di sini tersembunyi satu bahaya apabila hubungan sesama muslim dibina di atas sikap prasangka su’ uzzan, maka sangkaan menjadi asas kepada kasih sayang atau kebencian terhadap seseorang. Semua ini adalah pembunuh sikap berkasih sayang dan memusnahkan makna mahabbah.
Menebalnya sikap prasangka su’ uzzan akan menjadikan manusia mudah melemparkan tuduhan terhadap sesama mereka, kemudian tidak akan ada lagi sikap saling percaya-mempercayai, bahkan mereka akan sering berbalah-balahan, tidak bertegur sapa dan memutuskan hubungan, ini merupakan suatu sikap yang akan membawa kepada hilangnya kekuatan dan keutuhan umat.
Zan atau sangkaan terbina di atas asas agakan atau satu perkataan atau amalan yang diragukan. Zan akan menjadikan seseorang menurut perasaan di dalam dirinya yang suka membuat tohmahan terhadap saudaranya, maka dengan itu Zan akan menguasai dirinya juga cara pemikirannya. Sehingga kamu akan dapati orang yang bersikap prasangka akan merasakan seseorang yang disangkakan tidak baik itu telah melakukan kesalahan yang banyak berdasarkan khayalan sangkaannya hasil daripada sikap buruk sangkanya terhadap saudaranya.
Bahkan sehingga salam yang diucap oleh seorang muslim kalau telah dilingkungi oleh prasangka, boleh dianggap sebagai ejekan atau celaan, demikian juga dengan senyuman akan dianggap sebagai perlian atau sinisan, pujian dan pemberian hadiah juga boleh disalah ertikan dengan berbagai anggapan yang akan membawa kepada perbalahan dan perselisihan.
Firman Allah Taala (yang bermaksud): “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan, kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari keaiban orang lain dan janganlah kamu mengumpat akan setengahnya yang lain”. [Al-Hujurat: 12].
Ayat ini menunjukkan perintah supaya menjaga kehormatan orang muslim dengan sebaiknya kerana ianya didahului dengan tegahan daripada bercakap tentangnya dengan sangkaan. Kalau orang yang berprasangka mengatakan: ‘Saya akan kaji dan selidik’! Katakanlah kepada mereka: “Janganlah kamu mencari-cari keaiban orang lain”. Jika mereka berkata: ‘Saya telah pastikannya dengan tidak mencari keaiban’. Katakanlah: “Janganlah kamu mengumpat di antara satu sama lain”.
Firman Allah Taala (yang bermaksud): “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan”. Seruan kepada orang-orang mukmin, menyeru agar jangan biarkan diri mereka menjadi mangsa kepada semua yang terlintas dalam hati yang sering menyangka, syak dan ragu-ragu terhadap keadaan orang lain. Dengan ini Al-Quran telah membersihkan hati dari terkena kotoran prasangka yang akan membawa dosa, biarlah hati terus bersih daripada sebarang syak dan keraguan, bersih perasaannya terhadap saudaranya. Alangkah indahnya hidup di dalam masyarakat yang bersih dari prasangka.
Berkata sebahagian ulama’: “Perkara yang membezakan syak atau sangkaan yang mesti dijauhkan daripada yang sebaliknya ialah setiap keraguan yang tidak ada tanda yang sahih serta sebab yang nyata adalah haram, wajib dijauhi. Iaitu jika sekiranya seseorang itu dari kalangan orang yang baik atau yang tersembunyi kejahatannya, seorang yang tampak amanah pada zahirnya, maka meyangka jahat terhadapnya adalah haram. Ini berbeza dengan orang yang telah terkenal dari kalangan manusia yang sering melakukan perkara yang meragukan atau melakukan kejahatan secara terang-terangan”.
Ini kerana kebanyakan ulama’ berpendapat: “Tidak boleh berprasangka buruk kepada orang yang zahirnya tampak baik dan tidak mengapa berprasangka tidak baik terhadap orang yang zahirnya tampak tidak baik”.
Dari Sa’id bin Al-Musayyib rh katanya: ‘Telah menulis kepada saya beberapa orang ikhwah daripada sahabat Rasulullah : Hendaklah engkau meletakkan urusan/perkara saudara engkau di tempat yang sebaiknya selagi kamu tidak didatangi oleh perkara yang menurunkannya dan jangan kamu menyangka satu kalimah yang keluar daripada seorang muslim itu tidak baik sedangkan kamu masih ada peluang untuk menjadikannya baik’.
Manhaj ini sangatlah dituntut apabila berdepan dengan orang yang mempunyai kelebihan dan kebaikan (ulama’, pendakwah dan lain-lain), ini adalah termasuk dalam fiqh Al-Maqasid dan niat, yang mungkin tidak disedari oleh setengah golongan, menyebabkan mereka sering menjatuhkan hukuman salah ke atas orang lain dengan tidak mengambil kira keadaan, niat dan tujuan orang tersebut. Mungkin kesalahan itu merupakan satu perkara yang tidak disengajakan dan beliau tidak bermaksud dengan kejahatan sebagaimana yang telah dijelaskan oleh Ibnu Al-Qayyim rh dengan katanya: “Satu kalimah yang sama, diucapkan oleh dua orang yang berbeza, seorang bermaksud dengan kebatilan dan seorang lagi bermaksud dengan kebenaran, yang diambil kira (iktibar) ialah cara, pemikiran, mazhab dan ideologi yang didokong oleh orang yang berucap juga pegangan yang dipertahankannya”.
Kerana itu tidak dihukum kafir seorang yang kerana terlalu gembira sehingga tersalah mengatakan: ‘Ya Allah, Engkaulah hambaku dan akulah tuhanMu’, kerana dia tidak bermaksud menjadikan dirinya sebagai tuhan.
Sheikhul-Islam Ibnu Taimiyah rh menukilkan tulisan orang yang bercanggah dengan pendapatnya kemudian beliau mengatakan: “Kalam ini terlalu umum, orang yang inginkan kebenaran akan meletakkannya di tempat yang baik dan sebaliknya orang tidak menginginkan kebenaran akan memasukkan (menambah, menafsir, mentakwil) nya dengan bermacam-macam…”.
Inilah manhaj yang tinggi, sikap terbuka yang telah diterima oleh As-Salafussoleh... adil dan insaf yang telah digariskan oleh ulama’ ummah... mereka telah meletakkan perkataan yang mengandungi berbagai maksud di tempat yang baik… melapangkan dada yang terbuka, bebas dari pengaruh hawa nafsu, baik diri dan menasihati ummah... di mana kita dengan manhaj ini?
Bukan dari manhaj salaf menambah (menafsir, menghurai..) kan lafaz (yang tidak disebut) sehinggakan mengubah maksud, gembira dengan menyebarkan kesilapan orang dan bermuamalah sesama muslim dengan su’ uzzan, sangkaan jahat.
Sebahagian daripada prasangka ialah meletakkan perkataan dan perbuatan orang lain di tempat yang tidak baik iaitu dengan membesarkan kesalahan dan memandang mereka dengan penuh tohmahan, tanpa meneliti sebab atau mencari keuzuran, setiap perkataan yang boleh ditafsir dengan maksud yang baik dan tidak baik, akan diambil yang tidak baik…Subhanallah! Bagaimana mereka menghukum dengan menafsirkan niat dan tujuan dalam diri orang lain?.
Sesungguhnya perkara yang tersembunyi dan rahsia dalam diri untuk memuhasabahnya adalah ciri-ciri yang hanya tertentu bagi Allah swt Yang Maha Mengetahui perkara yang tersembunyi dan rahsia. Adapun manusia tidak ada hak baginya ke atas saudaranya kecuali amalannya yang zahir, inilah amalan Salafussoleh yang terdahulu, yang telah penuh hati mereka dengan didikan Islam yang sempurna lagi bersih.
Sheikh Abdur Razzaq Radhiallahuanhu telah meriwayatkan daripada Abdullah bin ‘Utbah bin Mas’ud katanya: Aku dengar ‘Umar bin Al-Khattab ra berkata: “Bahawa sesungguhnya manusia pada zaman Rasulullah saw diberi penjelasan dengan wahyu dan wahyu telah terputus, kita sekarang hanya boleh mengambil kira perbuatan yang zahir daripada amalan kamu, sesiapa yang menzahirkan kepada kami kebaikan kami akan percaya dan dekat dengannya, tidak ada hak bagi kami mencampuri perkara yang tersembunyi, Allah akan menghisabnya. Sebaliknya sesiapa yang menzahirkan kejahatan kami tidak akan mempercayai dan membenarkannya, walaupun dia berkata niatnya baik”. Maka setiap muslim hendaklah memuhasabah dirinya dengan setiap kalimah yang diucapkannya atau suatu hukum yang dikeluarkannya, sentiasalah mengingati firman Allah Taala (yang bermaksud): “Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang perkara yang dilakukan”. [Al-Isra’ 36].
Su’ uzzan atau sangkaan buruk terjadi daripada beberapa sebab, yang paling banyak terjadi ialah apabila seorang individu dibesarkan dalam suasana yang terkenal dengan akhlak yang buruk, buruk sangka, sama ada di rumah atau bersama kawan-kawan, menjadikannya berniat tidak baik dan mempunyai hati yang busuk.
Sesiapa yang mengikut hawa nafsu akan membawanya kepada perasaan zan dan sangkaan dusta, kerana kasihkan sesuatu akan menjadikannya buta dan tuli dan apabila seseorang cenderung kepada yang lain dengan hawanya, akan menjadikannya lupa kesalahan orang itu dan sentiasa berbaik sangka dengannya, walaupun orang itu melakukan kesalahan, demikianlah juga sebaliknya, dia akan sentiasa berprasangka buruk, mencari kesalahan dan menimbulkan kesilapan, walaupun orang itu benar pada dasarnya.
Sesetengah manusia ada yang bersikap bongkak, mengagumi kebolehan dirinya, sentiasa merasakan dirinya benar dan orang lain bersalah, membanggakan dirinya dan menghina orang lain, semua ini akan menjadikannya bersikap buruk sangka terhadap orang lain.
Sesungguhnya fenomena buruk sangka sesama Islam telah begitu meluas di zaman kita, menjadi barah yang meruntuhkan hubungan dan kesatuan (wehdah) di antara individu dan masyarakat muslim, ini adalah merupakan satu kesan negatif terhadap kekuatan masyarakat untuk menghadapi cabaran dari dalam dan luar.
Buruk sangka, menuduh tanpa asas, cepat menghukum telah menakutkan orang, menzalimi beberapa golongan dan beberapa orang yang soleh telah dijauhkan tanpa sebab yang diizinkan oleh syariat, sebagaimana kata orang dahulu: ‘Aku melihat permusuhan tetapi tidak melihat sebabnya’. Semuanya berpunca daripada percakapan yang tidak ada sandaran…hanya sangkaan yang buruk, umpatan jahat dan tuduhan palsu, firman Allah Taala (yang bermaksud): “Dan orang-orang yang menyakiti orang lelaki dan perempuan yang beriman dengan perkataan atau perbuatan tanpa kesalahan yang mereka lakukan, maka sesungguhnya mereka telah memikul kesalahan menuduh secara dusta dan berbuat dosa yang amat nyata”. [Al-Ahzab 58].
Setelah jelas kepada kita –wahai saudara- bahawa buruk sangka adalah satu penyakit yang merosakkan, maka kita mesti berusaha untuk membendungnya sebelum ia terus merebak dan menghancurkan.
Di antara ubatnya ialah: berbaik sangka (husnuzzan) dengan manusia, jauhkan sikap buruk sangka, berfikir semasaknya sebelum membuat tuduhan atau hukuman. Sekiranya engkau tersalah kerana berbaik sangka adalah lebih baik daripada tersalah kerana cepat menghukum dengan buruk sangka. Kata Saidina ‘Umar bin Al-Khattab ra: “Jangan kamu membuat sangkaan terhadap satu kalimah yang keluar daripada seorang saudara mukminmu kecuali kebaikan selagi kamu masih ada cara untuk meletakkannya di tempat yang baik”.
Ubat yang seterusnya: sentiasa mencari keuzuran yang boleh memaafkan manusia, tinggalkan sikap suka mencari kesalahan atau mengorek keburukan orang lain, sentiasa berpegang dengan adab dan ajaran Islam dalam menghukum seseorang atau sesuatu perkara yang jelas dan meninggalkan segala yang tersembunyi hanya kepada Allah Yang Maha Mengetahui semua rahsia dan segala yang tersembunyi.
Firman Allah Taala (yang bermaksud): “Mereka tidak lain hanyalah mengikut sangkaan semata-mata, pada hal sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran”. [An-Najmi, 28].
Sumber:
PERUTUSAN HARI RAYA 1422H DARI MIMBAR MASJID RASULULLAH SAW
Oleh: Sheikh Dr. Abdul Bari ‘Awad Ath-Thubaiti (Imam Masjid An-Nabawi)
[ http://alminbar.net/alkhutab/khutbaa.asp?mediaURL=5867 ]
Alih Bahasa Oleh: Abu Anas Madani.
Madinah, Syawal 1422.
www.abuanasmadani.com
Tuesday, June 17, 2008
2008 ANNUAL FUND RAISING DINNER - 28 JUNE 2008
THE 2008 ANNUAL FUND RAISING DINNER - 28 JUNE 2008
Pertubuhan Kebajikan Al-Nidaa’ Malaysia presents | |
Islamic Revival in the 21st Century by Dr Abdullah Hakim Quick | |
For a brief profile of Dr. Abdullah Hakim Quick and a few of his sample lectures and talks please click here. According to a report by The International Center for Population Studies, an affiliate of Al-Azhar University of Cairo, Egypt: Muslims are 23 percent of earth’s population. There are over 170 million Muslims in Indonesia, the largest Muslim country, 70 million Muslims in China and over 54 million in the former Soviet States. The majority of Muslims are youth and children. Children below five years old represent 43 percent of the Muslim World! By the year 2020, our population will be expected to reach 2.5 billion, Insha Allah. We are blessed with amazing riches in the Muslim World. Over 40 percent of the mineral wealth of the planet lies under Muslim countries. We have thousands of doctors, engineers, scientists and intellectuals. We spend billions in technology, especially for the military. With all these wealth what have we done? Why are there still hardship and struggles still happening in our Ummahs lands? The armies of the Western world and their allies are again pouring into the Middle East and surrounding the heartlands of Islam. Thousands of children have died in Iraq as a result of unjust sanctions. False justifications of fighting “terror”, or disarming governments which were created and armed by the same Western powers, are being used as means of destroying the next generation of Muslim youth. Where are the Muslim leaders and their huge armies? What has happened to the billions of dollars spent to prepare their own military defense systems? Something fundamental has to change in the essence of our Islam. The Messenger of Allah (SAW) and his companions did not have the support of millions of people or fabulous oil and mineral wealth, but Allah (SWT) gave them authority in the land. What have they done to deserve this? What can we learn from them? “The time has come for Muslims to re-examine their relationship with the Creator and bring out the real Islamic personality that can transform a puppet, despotic ruler into a noble servant of humanity or a weak, humiliated Muslim into a mighty defender of Truth” - Dr Abdullah Hakim Quick THE 2008 ANNUAL FUND RAISING DINNER Theme: Strength Through Imaan Time & Date: 8.00 PM | 28 June 2008 Venue: Dewan Serbaguna (Civic Centre) MBPJ, Jalan Yong Shook Lin 46675 Petaling Jaya | |
Contact Persons: Datin Jamaliah Othman 012-383 6891 Shamsia Mansoor 012-295 4064 Zainuddin Alang Mamat 012-282 0244 Muhammad Adli 019-2622 725 Ahmad Kamal 019-220 9125 For reservations or enquiries regarding the dinner talk please call any of our representatives listed above or contact Al-nidaa' directly at 03-77106900. |