Monday, April 20, 2009
Seminar: “Umat Islam Dikepung Dari Segala Penjuru"
Seminar: “Umat Islam Dikepung Dari Segala Penjuru"
Pembentang:
Ust. Abu Ihsan al-Atsary
(Pemantau/Panel Penterjemahan Pustaka Imam asy-Syafi’i)
Tempat:
Bangunan Pengajian al-Faqeh,
35-A, Jalan Cokmar 1, Taman Mutiara,
Bukit Raja, OFF Jalan Meru,
41050 Klang, Selangor.
Tarikh:
09 Mei 2009 (Sabtu)
Masa:
9.00 pagi – 5.00 ptg.
Bayaran:
RM15.00 (Pendaftaran)
RM15.00 (Buku)
Urusan Pendaftaran:
Hubungi Adi Negara 016-2091531 / Nawawi 013-3701152.
Kandungan Seminar:
Tajuk-tajuk yang akan dibicarakan adalah berpandukan kepada sebuah buku tulisan Syaikh Salim ‘Ied al-Hilali, berjudul “Umat Islam dikepung Dari Segala Penjuru”.
Buku ini mengupas/mensyarahkan sebuah hadis, iaitu hadis dari Tsauban radhiyallahu ‘anhu, dia berkata, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda (maksudnya):
Hampir-hampir orang-orang kafir saling menyeru untuk menyerang kamu dari segala penjuru sebagaimana orang-orang yang hendak makan (dalam keadaan yang sangat lapar) mengerumuni dulang yang berisi makanan. Dia (Tsauban) berkata: Kami (sahabat) bertanya, “Wahai Rasulullah adakah pada waktu itu jumlah kami sangat sedikit”. Jawab Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam: “Tidak, pada waktu itu kamu berjumlah ramai/banyak. Akan tetapi kamu seperti buih banjir. Dan benar-benar Allah akan mencabut dari hati musuh-musuh kamu rasa takut kepada kamu. Dan benar-benar Allah akan mencampakkan al-Wahn ke dalam hati-hati kamu”. Mereka (para sahabat) bertanya: “Wahai Rasulullah, apa yang dimaksudkan dengan al-Wahn tersebut?” Nabi menjawab: “Mencintai dunia dan takut (membenci) kepada mati (akhirat)”. (Hadis Riwayat Ahmad, al-Musnad, 5/278)
Di antara point-point yang dibicarakan adalah:
1 – Status hadis
2 – Permusuhan di antara orang-orang kafir. Namun, mereka boleh bersatu untuk menentang umat Islam.
3 – Wilayah umat Islam adalah sumber kebaikan dan keberkahan.
4 – Orang-orang kafir sentiasa berusaha merampas sumber-sumber dari bumi umat Islam.
5 – Orang-orang kafir melakukan angkara supaya umat Islam berpecah belah.
6 – Kekuatan Umat Islam bukan pada jumlah bilangan serta persenjataan.
7 – Orang kafir hilang rasa takut terhadap umat Islam.
8 – Kesan buruk dari perbuatan mencintai dunia.
9 – Orang-orang kafir tidak akan mampu memusnahkan umat Islam.
10 – Tashfiyah dan Tarbiyah adalah jalan membina semula kekuatan umat Islam.
TERHAD KEPADA 60 PESERTA SAHAJA!
TARIKH TUTUP PENYERTAAN PADA 3HB. MEI, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment