Monday, April 20, 2009

Anda mencari pekerjaan? Peluang bekerja di Home of Hope




Kami adalah sebuah pertubuhan NGO Islam yang melakukan kerja–kerja amal dan dakwah di dalam dan luar negara. Kami mempunyai sebuah rumah kebajikan di Shah Alam yang dilengkapi dengan pelbagai jenis kemudahan asas bagi membantu orang-orang yang memerlukan seperti anak-anak yatim dan ibu-ibu tunggal.

Untuk menampung pengurusan rumah ini, kami sedang mencari pemohon yang memiliki sahsiah islam yang baik dan berkelayakan, sukakan anak-anak, minat mengajar serta memahami ajaran Quran dan Sunnah untuk memenuhi jawatan-jawatan berikut:

1. Ustaz
Syarat Minima:
• Diploma dalam bidang yang berkaitan atau yang setaraf dengannya
• Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya dua tahun dalam mengajar ilmu agama


2. Guru Tadika
Syarat Minima:
• Diploma dalam bidang yang berkaitan atau yang setaraf dengannya
• Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya dua tahun dalam mengajar anak
anak dari 4 hingga ke 6 tahun

3. Penolong Guru Tadika
Syarat Minima:
• Berkelulusan SPM
• Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya dua tahun sebagai penolong guru tadika.


4. Penolong Warden (Lelaki dan Perempuan)
Syarat Minima:
• Mempunyai pengalaman mengendalikan anak-anak dari usia 4 tahun keatas
• Boleh bekerja lebih masa.

Gaji dan faedah akan diberikan mengikut pengalaman yang dimiliki dan juga gaji terkini.

Bagi pemohon yang berminat, sila hantarkan butir-butir peribadi anda serta gambar berukuran paspot (tidak dikembalikan) kepada :

Pengiklan
1034, Jalan Cempaka, Sungai Kayu Ara,
47400 Petaling Jaya, Selangor
Tel No : 03-7726 4146
Email : alkhaadem.my@gmail.com

No comments: