Monday, April 13, 2009

Kursus Asas Intensif Dakwah kepada Bukan Islam

Kursus Asas Intensif Dakwah kepada Bukan Islam(Dalam Bahasa Melayu)

TARIKH: 18&19 April 2009 (Sabtu & Ahad)

OBJEKTIF PROGRAM:
* Untuk berkongsi maklumat dan memahami pelbagai agama di Malaysia.
* Untuk mempromosi kesedaran tentang perlunya menyampaika n da’wa Islam.
* Memperkenalkan fakta penting yang bersesuaian dengan suasana dan kumpulan
tertentu.
* Menanam kesedaran umum tentang perlunya metodologi da’wah yang berkesan.


TAJUK-TAJUK YANG BAKAL DIBINCANGKAN:
* KEWAJIPAN BERDAKWAH
* SEJARAH AGAMA KRISTIAN
* ASAS KEPERCAYAAN AGAMA KRISTIAN
* KEPERCAYAAN & PERAYAAN KAUM CINA
* AGAMA HINDU
* SALAH TANGGAPAN TERHADAP AGAMA ISLAM
* PENGALAMAN BERSAMA PADERI KRISTIAN DAN GEREJA
* QURAN DAN SAINS MODEN


PENCERAMAH:
1) Bro. Shah Kirit


Bro. Shah Kirit bin Kakulal Govindji
* Bekas penganut Hindu, memeluk agama Islam pada thn 1996.
* Menyertai kursus intensif perbandingan agama “International Da’wah Training
Program” di IRF Mumbai, India dikelolakan oleh Presiden Islamic Research
Foundation (IRF), Dr. Zakir Abdul Karim Naik.

* Menyertai kursus “Training the Trainer”, dikelolakan oleh Nuruddeen Lemu &
Asiya Rodrigo daripada Islamic Education Trust, Nigeria.
* Menganjurkan dan mengendalikan kelas perbandingan agama untuk pelajar-pelajar
universiti dan orang awam di IIS.

* Terlibat dalam Forum & Dialog Perbandingan Agama.
* Penceramah Jemputan untuk Jabatan Agama Islam, sektor-sektor Kerajaan &
Swasta, Universiti dan Gereja.

* Ketua Pegawai Da’wah, IIS.
* Pengurus, Saba Islamic Media, Maju Junction.


2) Bro. Engku Fauzi
* Ketua Da’wah, Persatuan Pengislaman Darul Fitrah, Terengganu.
* Ahli Jawatankuasa Majlis Da’wah Kerajaan Negeri Terengganu.
* Ahli Jawatankuasa Badan Kebajikan Negeri Terengganu.
* Fasilitator untuk Kelas Perbandingan Agama.
* Pegawai Da’wah Bebas, Islamic Information & Services (IIS).
* Penyelidik & pelajar Bible.
* Terlibat dalam Forum & Dialog Perbandingan Agama.
* Penceramah Jemputan untuk Jabatan Agama Islam, sektor-sektor Kerajaan &
Swasta dan Universiti.
* Pegawai Dakwah IIS.
* Pengarah, DMATEZ Industrial Gas, Terengganu.


TEMPAT:
Dewan IIS,1-5-2 Prima Peninsula,Jalan Setiawangsa 11,Taman Setiawangsa, 54200 Kuala Lumpur.

MASA:
8.30 pagi hingga 5.30 petang

YURAN:
RM120 (termasuk bahan-bahan latihan seperti bible dan buku-buku yang bernilai lebih RM 60)
Hanya RM100 bagi pelajar dan mahasiswa.

Hubungi:

IIS: 603-42604160
Bro. Mas Yuri: 013-6159030

1 comment:

Nawal Insyirah said...

salam
insyaAllah, kalau ade kesempatan yang lain, ana cadangkan datanglah ke kursus nie..sangat-sangat menarik...
banyak perkara yang ana dapat daripada kursus nie yang banyak menyedarkan ana...

wallahu 'ala wa 'alam