Khidmat Kaunseling
Untuk memperluaskan lagi baktinya kepada masyarakat, insyaAllah, Pertubuhan Kebajikan Al-Nidaa’ Malaysia akan memulakan Khidmat Kaunseling mulai bulan Mac 2008 bagi memberi peluang kepada ahli-ahli jamaah Dan orang awam mendapatkan khidmat nasihat dan jawapan ke atas masalah agama Dan peribadi masing-masing.
Khidmat ini boleh didapati melalui panggilan telefon ataupun bertemu kaunselor di pejabat Al-Nidaa’ pada masa yang ditetapkan. Untuk berjumpa dengan mana-mana kaunselor sila hubungi pejabat Al-Nidaa’ bagi mendapatkan temujanji dahulu. Sila lihat jadual yang disertakan di bawah ini. Perlu diingatkan hanya panggilan telefon menggunakan nombor pejabat Al-Nidaa’ (03-77106900) sahaja akan dilayan.
Khidmat ini adalah percuma. Namun Al-Nidaa’ mengalu-alukan sumbangan kewangan bagi menampung kos-kos yang berkaitan dengannya.
Bayaran boleh dalam bentuk tunai, cek (atas nama Pertubuhan Kebajikan Al-Nidaa’ Malaysia) atau masukkan ke dalam BIMB akaun no: 12047010029150 kemudian fakskan bank-in slipnya ke 03-77107900.
Berikut adalah jadual kaunselor An-Nida';
1) Ustaz Shofwan Badrie Rabu ketiga 12.30 tgh – 3.30 ptg
2) Ustaz Fadlan Othman Ahad pertama & ketiga 5.45 ptg – 7.00 ptg
3) Ustaz Shapizan Johari Jumaat pertama & ketiga 3.00 ptg – 5.00 ptg
Pertubuhan Kebajikan Al-Nidaa' Malaysia
17A Lorong Datuk Sulaiman 7
Taman Tun Dr. Ismail
60000 Kuala Lumpur
Tel: 03-77106900 Faks: 03-77107900
Email: urusetia@al-nidaa.com.my
Web: www.al-nidaa.com.my
Monday, December 22, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Salam, sila layari http://laman-annur.blogspot.com untuk mendapatkan info berkenaan dengan jadual kuliah pengajian di sekitar Bandar Baru Bangi, Selangor.
Sekian, wassalam
Appreciate if you can link your blog so that it can benefit others, insya-allah.
Post a Comment