Friday, November 21, 2008

Program MEMBEDAH BUKU “SEJARAH PEMIKIRAN 1”

SEHARI MEMBEDAH BUKU “SEJARAH PEMIKIRAN 1”




Sejarah Pemikiran 1(Sumber Ilmu, Perbandingan Ideologi, Dan Orde Baru Dunia)

Book Name:
Sejarah Pemikiran 1 (Sumber Ilmu, Perbandingan Ideologi, Dan Orde Baru Dunia


Author: Dr. Sulaiman Nordin BSc ((A.N.U), PhD (Aberd.), BIS (Ummul Qura))

Publisher: Perniagaan Jahabersa

Price:
RM60 (Hard Cover)
RM45 (Soft Cover)

Weight: 1000 gram

Menyingkap Rahsia Sains & Politik Yang Disembunyikan. Wujudkah Fakta-Fakta Sains Yang Dirahsiakan dan Diselewengkan? Konspirasi Di Dalam Sains Perubatan, Penyelewengan Mata Wang, Siapa Di Sebalik Semua Itu? Merungkai Bagaimana Ianya Boleh Berlaku, Bersama:

Dr. Sulaiman Nordin (Penulis)


Dr. Sulaiman Nordin merupakan bekas Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor dan juga bekas pensyarah Universiti Pertanian Malaysia (UPM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi. Beliau adalah penulis buku Sejarah Pemikiran Sains Barat Moden dan Percanggahannya dengan Islam, Gerakan Antarabangsa dan Keselamatan Negara, Muzik Rock dan Nilai Moralnya, dan penulis bersama Teori Evolusi Darwin - Suatu Andaian atau Ideologi, juga penyunting buku “Akidah Ahlus Sunnah wal-Jama’ah”.

Pada 30 November 2008, Hari Ahad, Dari Jam 9:30 pagi - 4.00 petang, Bertempat di Akademi Pengajian al-Faqeh, 35-A, Jalan Cokmar 1, Taman Mutiara, Bukit Raja Off Jalan Meru, 41050 Klang, Selangor.

Jom Daftarkan Nama Anda Untuk Bersama-sama Membedah Buku Tersebut. Rm15* Untuk Setiap Penyertaan. Potongan Harga Untuk Pembelian Buku Dengan Setiap Penyertaan. Hubungi 013-3701152 (Nawawi), Atau 016-2091531 (Adi Negara).

Testimoni,

“Buku ini adalah sesungguhnya adalah buku yang istimewa kerana penulisnya mempunyai latar belakang pendidikan yang sememangnya unik. Tidak ramai penulis berpeluang menimba ilmu pengetahuan di peringkat ijazah daripada dua sistem yang berbeza seperti beliau, iaitu mendapat ijazah pengajian tinggi dalam bidang sains di Australia dan United Kingdom di samping kemudiannya ijazah Islam dari Ummul Qura, Makkatul Mukarramah.” (Prof Dr. Abdul Latif Samian, Pengarah Pusat Pengajian Umum, UKM)


“Buku ini boleh dimanfaatkan oleh semua lapisan masyarakat. Ia membincangkan secara kritis pemikiran-pemikiran kontemporari seperti komunis, kapitalis, hak asasi manusia, sebab-sebab peperangan dunia, sains politik, dan sains ekonomi.” (Sohibus Samahah al-Ustaz Wan Zahidi Wan Teh, Mufti Wilayah Persekutuan)

“Dr. Sulaiman telah menjelaskan dari sudut bagaimana sistem sosialisme (komunisme) merupakan serampang dua mata atau seperti talam dua muka. Beliau mengutarakan pendapat ramai pengkaji para ilmuan Barat sendiri berkenaan adanya kumpulan sulit “Illuminiti” di belakang tabir kedua sistem politik tersebut. Buku ini menjelaskan siapa dan hala tuju agenda mereka.” (Prof. Madya Dr. Mohammad Agus Yusoff, Ketua Program Sains Politik, Pusat Pengajian Sejarah, Politik, dan Strategi Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM)

Total Pages: 499 pages


* Jamuan Makan & Minum Disediakan Untuk Peserta.

@Brother an-Nawawi
+60126887715
YM: nawie83@yahoo.com
MSN: dimensi83@hotmail.com
http://groups.yahoo.com/group/PMH-UiTM
http://an-nawawi.blogspot.com
http://aqidah-wa-manhaj.blogspot.com
http://fiqh-sunnah.blogspot.com
http://bahaya-syirik.blogspot.com

No comments: