Friday, November 21, 2008
Mengejar dunia tiada kesudahannya....
http://www.darulkautsar.com
Firman Allah Ta`ala: {Dihiaskan kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia}
Abu 'Ashim telah meriwayatkan kepada kami daripada Ibni Juraij daripada 'Ato` katanya: Saya mendengar Ibnu Abbas berkata: "Saya mendengar Nabi s.a.w. bersabda: "Kalau seseorang anak Adam itu mempunyai dua lembah harta pasti dia mengharapkan lembah yang ketiga dan perut anak Adam tidak akan penuh kecuali dengan tanah. Dan Allah menerima taubat orang yang bertaubat." (Bukhari)
Ali bin Abdillah telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Sufyan telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Saya mendengar al-Zuhri berkata: Urwah dan Sa`id bin Musayyab telah menceritakan kepada aku daripada Hakim bin Hizam, beliau berkata: "Saya telah meminta Nabi s.a.w. lalu Baginda memberikan kepada saya kemudian saya meminta lagi lalu Baginda memberikan kepada saya kemudian saya meminta kepadanya lagi lalu Baginda memberikan kepada saya. Kemudian Baginda bersabda: "Sesungguhnya harta benda ini.." Kadang-kadang Sufyan berkata: Hakim berkata kepadaku: Nabi s.a.w. berkata kepadaku: "Wahai Hakim! Sesungguhnya harta benda ini hijau (menarik) dan manis. Sesiapa yang mengambilnya dengan hati yang baik nescaya diberkati kepadanya/dia diberkati pada harta benda dunia itu dan sesiapa yang mengambilnya dengan rasa tamak menonjol-nonjolkan diri tidak akan diberkati untuknya pada harta itu. Dia menjadi seperti orang yang makan tetapi tidak kenyang-kenyang. Tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang di bawah." (Bukhari)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment