Friday, November 21, 2008

Jika anda sedang bersedih



Oleh: Dr. Imran (abulwafaa)
Sumber: http://abulwafaa.protajdid.com/

Maka bacalah doa ini:

اللَّهُمَّ إِنِّى عَبْدُكَ وَابْنُ عَبْدِكَ وَابْنُ أَمَتِكَ نَاصِيَتِى بِيَدِكَ مَاضٍ فِىَّ حُكْمُكَ عَدْلٌ فِىَّ قَضَاؤُكَ أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ أَوْ أَنْزَلْتَهُ فِى كِتَابِكَ أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَداً مِنْ خَلْقِكَ أَوِ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِى عِلْمِ الْغَيْبِ عِنْدَكَ أَنْ تَجْعَلَ الْقُرْآنَ رَبِيعَ قَلْبِى وَنُورَ صَدْرِى وَجَلاَءَ حُزْنِى وَذَهَابَ هَمِّى.


Ya Allah! Sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak kepada hambaMu (Adam) dan anak kepada hamba perempuanMu (Hawa). Ubun-ubunku di tanganMu, keputusanMu berlaku padaku, qadhaMu kepadaku adalah adil.

Aku memohon kepadaMu dengan semua nama yang menjadi namaMu yang dengannya Kau menamakan diriMu atau yang Kau turunkan di dalam kitabMu (al-Qur’an) atau yang Kamu ajarkan kepada seseorang daripada makhlukMu atau yang Kau sembunyikan menjadi ilmu ghaib di sisiMu, hendaknya Engkau jadikan Al-Qur’an sebagai penenteram hatiku, cahaya di dadaku, pelenyap duka dan kesedihanku.

(Riwayat Ahmad, dan lain-lain. Sebahagian ‘Ulamaa’ mensahihkannya manakala Ad Daaraqutniyy menyebut terdapat kecacatan pada sanadnya dalam ‘Ilal karangannya.)


Dalam hadith di atas disebut bahawa Allah akan menghilangkan kesedihan seseorang dan menggantikannya dengan kegembiraan apabila membacanya. Maka bacalah ia.

No comments: