Thursday, August 14, 2008

BENGKEL REMAJA KHALIFAH

BENGKEL REMAJA KHALIFAH “Membentuk Remaja ke arah Kecemerlangan”

(Terbuka kpd pelajar 13-17 tahun)

16-17 Ogos 2008 (Sabtu & Ahad)

Dianjurkan oleh : Khalifah Youth Circle (KYC)

Lokasi: Khalifah Institute Lot 298, Jalan 3,Taman Ampang Utama 68000 Ampang, SelangorTel: 03-4256 6810 Fax: 03-4256 5423 khalifahproject@ yahoo.com

Program ini diadakan Khas untuk remaja dengan menyedari bahawa mereka adalah individu yang sangat istimewa, cuma kadang-kadang tersalah arah dalam membuat pilihan. Kita perlu meletakkan Islam dalam jiwa remaja kembali supaya mereka tahu menentukan hala tuju mereka. Allah telah mengurniakan potensi yang amat besar dalam diri mereka, dan apa yang mereka perlukan adalah peluang untuk menyedari potensi-potensi ini dan mula menggilapnya.

Kenapa progam ini penting? Satu program jati diri yang memberi kesedaran kepada remaja tentang keistimewaan, potensi dan nilai-nilai positif dalam diri mereka. Membawa pemikiran remaja untuk melihat dunia, masyarakat dan dirinya dari sudut pandangan yang universal dan komprehensif dalam menghadapi cabaran alaf baru. Cabaran alaf baru Remaja...

Remaja kini membesar dalam keadaan yang penuh mencabar secara terus-terusan dihujani dengan pengaruh-pengaruh (tv, internet, hiburan dan sebagainya) yang perlahan-lahan mengikis keimanan dan nilai-nilai murni serta menolak mereka ke arah pengaruh secular dan kebendaan tanpa tanggungjawab dan tujuan. Inilah yang dimaksudkan dengan cabaran alaf baru. Pendekatan yang digunakan...

Pendekatan Kaedah Khalifah yang merupakan gabungan nilai-nilai ajaran Islam dengan Ilmu psikologi moden, hasil daripada kajian terperinci Allahyarham Prof. Muhammad al-Mahdi selama lebih 40 tahun. Di akhir program ini remaja insya-allah akan...

1) Lebih menghargai keindahan nilai-nilai ajaran Islam dan lebih bermotivasi untuk sentiasa mengamalkannya.·
2) Memahami bahawa dirinya mempunyai potensi untuk menjadi agen perubah.·
3) Mampu menilai isu dan pemasalahan sosial di sekitarnya secara objektif.·
4) Mempunyai pendirian yang teguh dalam menghindarkan diri daripada terjebak dalam gejala dan pengaruh negatif masa kini.·
5) Menyedari bahawa dirinya bertanggungjawab dalam mengarah proses pembentukan peribadinya ke arah kecemerlangan.

Kelebihan bengkel Khalifah… ·

1) Peserta akan menjadi ahli “Khalifah Teen Circle”·
2) Akan mendapat bimbingan daripada mentor yang terdiri daripada fasilitator terlatih, pelajar universiti.·
3) Akan lebih bersemangat dan bermotivasi untuk mengharungi alam persekolahan.· Mampu untuk membuat pilihan yang betul dan tepat dalam menghadapi cabaran masa kini sebagai pelajar mahupun anak.·
4) Aakan menyedari tentang pengorbanan ibu bapa dan guru dalam mendidik mereka.· Mampu membawa diri ke arah kecemerlangan dan menghindarkan diri dari terlibat dengan gejala sosial·
5) PESERTA akan berpeluang untuk menyertai KEM KHALIFAH 2008 pada CUTI SEKOLAH DISEMBER

Daftar sekarang...

Penyertaan adalah TERHAD kepada 30 orang sahaja. Sila buat tempahan untuk masa depan anak remaja anda secepat mungkin!

BORANG PENYERTAAN:
Nama peserta
No. KP
Umur
Tingkatan
Nama sekolah
Nama ibu/bapa
Alamat rumah
Tel (HP) (R)
Email

Untuk pendaftaran:Fakskan atau E-mail kepada borang ini ke Khalifah Institute 03-4256 5423 / khalifahproject@yahoo.com

Hubungi kami untuk pengesahan pendaftaran: 03-4256 6810 (Farah) 019-3382524 (Ibrahim)

Bayaran RM 150 (termasuk makan minum, penginapan, futsal, fail modul dan sijil penyertaan)

Bank-in tunai atau cek ke akaun Maybank No. 562674202306 atas nama“KI Training & Consultancy Sdn. Bhd.”

No comments: