Sunday, August 31, 2008
Iftar & Solat Tarawih di Pejabat Al-Nidaa' - 3 & 17 September
Demi mengeratkan silaturrahim sambil menyemarakkan amal ibadat dalam bulan Ramadhan Al-Mubarak, Al-Nidaa’ akan mengadakan Majlis Iftar, Solat Maghrib, Isya’ dan Tarawih beserta Tazkirah di pejabatnya pada tarikh-tarikh berikut:
Rabu, 3 September 2008
&
Rabu, 17 September 2008
Pertubuhan Kebajikan Al-Nidaa’ Malaysia,
17A, Lorong Datuk Sulaiman 7, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur
Tel: 03-77106900
Fax: 03-77107900
www.al-nidaa.com.my
urusetia@al-nidaa.com.my
Al-Nidaa’ akan menyediakan juadah berbuka puasa / makan malam dan demi menghidupkan sunnah Rasulullah SAW, mengalu-alukan sumbangan berupa makanan ataupun wang.
Solat akan dibimbing oleh kepimpinan Al-Nidaa’ serta Majlis Perunding Pelapis.
Majlis ini terbuka kepada ahli-ahli Al-Nidaa’, para sukarelawan dan semua ahli-ahli jemaah.
Untuk serta sila SMS kepada 012-2820244 atau hubungi 03-77106900 selewat-lewatnya 3 hari sebelum tarikh majlis.
Wahai srikandiku! Uzur bukan penghalang ibadah
Saya menggodek-godek weblog ini lalu terjumpa satu posting saya tahun lalu yang saya dedikasikan khas kepada muslimah-muslimah tercinta di luar sana. Jalan ke syurga amat luas, keuzuran bukanlah penghalang mencari jalan ke syurga.
Seorang saudari se Islam memberi komen di dalam blog ini. Katanya beruntunglah para lelaki yang dapat beribadah di sepanjang malam di bulan Ramadhan ini. Masakan tidak, si lelaki tidak mempunyai uzur yg mengharamkan mereka daripada beribadah, bersolat membaca al-Quran dan lain-lain. Sedang kan bagi si wanita, datang sahaja haidh, maka berehatlah mereka daripada beribadah.
Dari satu segi ia menampakkan satu kecintaan untuk mendekatkan diri kepada Allah, akan tetapi dari satu segi ia seolah menunjukkan ada sedikit kerapuhan di dalam aqidah. Seolah-olah wujud keraguan kepada keadilan Allah.
Dari mana puncanya? Aku melihat bahawa ini berlaku apabila skop ibadah disempitkan. Skop mendekatkan diri kepada Allah dibataskan kepada solat sahaja.
Wahai saudari-saudari muslimahku,
Cubalah kalian nilaikan berapa banyakkah ibadah-ibadah yang kalian boleh lakukan ketika haidh tetapi kalian masih tidak melakukannya. Bukaklah Hisnul Muslim, lihatlah doa-doa dan dzikir-dzikir yang Nabi Muhammad SAW amalkan, nilailah, cerminlah diri kita sudahkah kita amal semua dzikir-dzikir yang ada di dalamnya. Jika masih belum puas, periksalah pula kitab al-Adzkar oleh Imam an-Nawawi. Lihat berapa banyak zikir-zikir dan doa-doa yang kalian belum amalkan. Jadi tiada alasan untuk kalian wahai-wahai srikandi tercinta untuk berkata bahawa apabila haidh maka kami kurang beribadah berbanding lelaki.
Wahai saudari-saudari seaqidahku,
Dalam bab membaca dan menyentuh al-Quran. Ulama-ulama umat masih berbeza pendapat tentang pengharamannya. Seandainya saudari berpegang kepada pendapat mengharamkannya, masih banyak ibadah yang saudari boleh lakukan bahkan tak akan habis untuk saudari lakukan di satu malam.
Wahai srikandiku,
Apabila kalian uzur, bukan alasan untuk kalian menghabiskan masa menonton televisyen tatkala si suami sedang bersolat. Bukanlah ia menjadi alasan untuk saudari menghabiskan hari siang dan malammu dengan tidur dan membiarkan si suami bersolat malam sendirian. Bukan juga ia menjadi alasan untuk kalian membiarkan anak-anak terkapai-kapai mempelajari al-Quran sendirian.
Wahai srikandiku,
Cuba kalian kira, berapa minitkah bagi setiap solat yang kalian lakukan apabila kalian berada di dalam keadaan suci. Andai kata 5 minit. Kenapa tidak kalian gunakan 5 minit itu untuk membaca doa-doa dan zikir-zikir yang Rasulullah SAW amalkan. Jika kalian solat malam selama 1 jam di bulan Ramadhan ketika kalian suci. Kenapa tidak kalian gunakan sejam itu dikala kalian uzur untuk kalian membanyakkan istighfar, memohon keampunan daripada Tuhan. Biarkanlah air mata kalian keluar pada malam itu. Biarkan ia menjadi saksi ketundukan kalian kepada Allah yang Maha Pengampun.
Wahai saudariku,
Jika kalian tidak berpuasa, gunakanlah kelebihan kekuatan yang ada pada hari itu untuk membantu kawan-kawan kalian yang berpuasa. Saudari boleh sediakan hidangan berbuka untuk mereka dan membiarkan mereka berehat. Saudari juga boleh membantu mereka melakukan kerja-kerja rumah, dan mengurangkan kerja-kerja mereka. Bukankah ini semua ibadah wahai srikandiku.
Wahai saudariku,
Jika saudari berpegang kepada ulama yang menyatakan haram wanita uzur memasuki masjid, masjid banyak ibadah yang boleh saudari lakukan dirumah. Jika saudari berpegang kepada pendapat membenarkan saudari yang uzur ke masjid, banyak juga yang saudari boleh lakukan di masjid walaupun tidak bersolat. Saudari boleh membantu menjaga kanak-kanak kecil yang sedang bermain tatkala ibu bapa mereka bersolat. Saudari boleh bacakan kepada mereka kisah-kisah nabi, saudari boleh mengajar mereka membaca Alif, Ba, Ta. Saudari boleh menenangkan mereka tatkala mereka menangis menanti si ibu yang sedang bersolat. Bukankah ini semua ibadah wahai srikandiku.
Ya ukhti,
Sungguh luas jalan ke syurga yang Allah bentangkan untuk saudari. Janganlah saudari sempitkan jalan yang luas itu. Mahukah saudari menempun jalan mudha ke syurga? Bukankah jalan ke syurga dimudahkan untuk mereka yang menuntut ilmu. Saudari boleh gunakan masa yang biasa saudari lakukan untuk solat dengan membaca buku-buku agama. Saya nasihatkan saudari untuk memulakan dengan bahan bacaan asas agama. Saudari mulakanlah dengan membaca buku-buku berkaitan akidah. Pilihlah buku yang mudah. Saudari boleh membaca Kitab at-Tauhid karangan Shaikh Muhammad bin Abdul Wahab. Sangat ringkas buku ini dan mudah untuk saudari fahami. Saudari juga boleh membaca buku saudara Hafiz Firdaus Abdullah tentang contoh-contoh hal yang boleh merosakkan akidah. Selepas itu saudari hendaklah membaca buku tentang bersuci. Buku kecil Sifat Wudhu Rasulullah amatlah berguna buat saudari. Selepas itu bacalah buku Sifat Solat Nabi untuk saudari memperbaiki mutu solat saudari. Saudari juga tidak boleh melupakan hokum-hakam khas untuk gadis atau wanita seperti saudari. Bacalah buku-buku berkaitan hokum hakam haidh, istihadah dan lain-lain. Saudara boleh membaca buku karangan Shaikh Shalih al-Utsaimin berkaitan hal ini.
Wahai saudariku,
Saya kira jika mahu ditulis kesemua di sini akan hal-hal yang boleh dilakukan oleh wanita-wanita yang uzur, nescaya akan habislah dakwat pena, akan menjadi bermuka-muka tulisan ini. Dan saudari juga mungkin tidak akan mampu melaksanakan kesemuanya.
Ya ukhti,
Ingatlah Allah Maha Adil. Keuzuran pada wanita bukan penghalang mereka beribadah. Sematlah rasa cinta pada Tuhan, yakinlah pada keadilanNya, titiskanlah air mata memohon keampunanNya.
Dipetik daripada www.al-ahkam.net
Qiam Ramadhan at Al-Khaadem Centre
Al-Khaadem Centre
Lot 1034, Jalan Cempaka, Sungai Kayu Ara
Petaling Jaya
tel: 03 7726 4146
www.al-khaadem.com.my
It's just about 3 mins drive after the Damansara Toll as you travel in between D'Sara Utama and D'sara Jaya intersections.
They will commence isya' at a fixed time, that is 8.50 pm nightly during Ramadhan and prayers will be led by Ust Hussein Yee and his team of tafiz youths. They will perform 11 rakaats (4 + 4 + 3) for tarawih followed by a short tazkirah, insyaAllah.
All are welcome.
The idea of delaying isya' for about 15-20 mins is to allow time for dinner (after break-fast), cleaning up (those at home) and settling down the body system, other than for the travelling time and parking away. Most masjids and suraus practice this (including at Makkah & Madinah) and it will be good if we can do the same in our place too, to avoid the rush and stress related, ibadah being best done calmly.
Abu Ali
Bukit Jelutong
Friday, August 29, 2008
Kuliah Tafsir Dr Abdullah Yassin di Lembah Klang
Special Ramadhan Lecture
Day: Sunday
Date: 31-8-08
Speaker: Ustaz Hussein Yee
Time:11am-12.30pm
Al-Khadeem Centre
Web: http://www.al-khaadem.com.my/
(in front of flat), Lot 1034, Jalan Cempaka, Sg Kayu Ara (near Mujahideen Mosque and uptown Damansara Utama) 10-15 minutes from UM and UIA PJ
Job vacancy: Islamic Science Program
We are a company that provides hands-on Islamic science programs for children & youth. We invite suitable candidates who fulfill the following criteria:
1. Has science background.
2. Can speak at least 2 languages fluently (English & Malay).
3. Enjoy teaching children & youth
4. Can speak confidently in front of an audience.
5. Have good PR skills.
If interested, please email your resume to: thesignslab@ gmail.com
Or call our office: 03-4260 4213
Sis. Samsiah 013 277 1651
Sis. Hamida 016 975 4395
Our address: 1st Floor, 54 Jalan Memanda 9, Ampang Point, 68000 Ampang, Selangor.
Kuliah Mufti Perlis di KL
Anda dijemput menghadiri kuliah magrib SS DR.MOHD.ASRI ZA (MUFTI PERLIS) di Surau Al Falah, Tmn Cempaka, Ampang.
Tarikh: 30 Ogos 08
Hari: Sabtu.
Masa: Selepas Solat Maghrib.
Contact person: Bro Norman 019-2723960.
Tuesday, August 26, 2008
Ta'Lim Sunnah: Golongan-Golongan Yang Menyimpang
Assalamualaikum WBT.
Ta'lim Sunnah Siri 2
Tajuk: "Golongan-Golongan Yang Menyimpang Dari Sunnah"
Isu:
a) Bahaya Syiah
b) Khawarij Moden
Speaker:
Ustaz Hussein Yee Abdullah
Dr. Azwira Bin Abdul Aziz
Kapten Hafiz Firdaus Bin Abdullah
Tarikh/Hari: Sabtu, 20 Ramadhan 1429 Hijrah/ 20 September 2008
Masa: 8 Pagi- 10 Malam
Lokasi: Surau al-Muhajirin, Taman Sri Ukay
Penyertaan: TERBUKA KEPADA PELAJAR-PELAJAR IPT SAHAJA
Yuran: RM 5 sahaja
Urusan Pendaftaran/ Persoalan, Hubungi:
Muslimin: Mohd Masri 0132506391 atau Syarief 0176678139
Muslimah: Naimah 0179054237 atau Sajida 0199577685
Tabarru’at Ihya’ Ramadhan di KGPA, PJ
TEMPAT: Kelab Golf Perkhidmatan Awam (KGPA)Petaling Jaya.
TARIKH: 13 Ramadhan 1428H 13 Sept 2008
MASA: 4.30 ptg – 12.00 mlm
ANJURAN: ,Institut al-Qayyim
OBJEKTIF PROGRAM:
1. Menghidupkan Ramadhan dengan program dan aktiviti yang bermanfaat ke arah mempertingkatkan penghayatan Sunnah Nabi.
2. Menghidangkan kepelbagaian dalam menjayakan program-program penghayatan Sunnah.
3. Mengumpul Dana bagi membiayai aktiviti-aktiviti ke arah Penghayatan Islam berteraskan Al-Quran dan Sunnah. Antaranya:
1. Mengaktifkan lagi Program Dakwah kepada bukan Islam.
2. Memberikan kursus dan latihan praktikal ibadah menurut acuan Sunnah kepada masyarakat Orang Asli dan juga kepada masyarakat tempatan.
3. Menyumbang kepada Institut Ibnu Hajar (Melaka) bagi menjalankan Konvensyen Sunnah ke – 4 yang akan berlangsung di Melaka pada tahun ini.
4. Memberi ruang kepada pendokong Sunnah tanah air untuk berdialog dan berinteraksi(ramah mesra) dengan SS Dr.Mohd.Asri dalam ruang masa yang panjang.
ATURCARA PROGRAM
4.30 – 5.30 ptg: Pendaftaran
5.30 – 6.00 ptg: Penerangan aktiviti IQ yang telah lalu, yang sedang berjalan dan yang akan datang oleh Ust. Hisham Mohd. Rodhi (Timbalan Presiden IQ).
6.00 – 6.10 ptg: Taklimat khas Perkembangan Persiapan Konvensyen Sunnah Ke-4 oleh Ust. Minhat (Penasihat Institut Ibnu Hajar).
6.10 – 7.00 ptg: Tazkirah Ramadhan bertajuk Bersama Nabi s.a.w Di Bulan Ramadhan oleh Ust. Abd.Rasyid Idris (Presiden IQ)
* Menyusuri kehidupan Nabi di bulan Ramadhan seperti peperangan yang dilalui, ibadah seharian seperti bersahur, iftar, Qiyam, iqtikaf dan berhari raya
7.00 – 8.15 mlm: Persiapan Iftar , Solat Magrib (Imam Ust.Hisham Mohd.Rodhi) dan makan malam (KGPA Special Ramadhan Buffet).
8.23 mlm: Solat Isya’ diimami oleh Ust.Hisham Mohd. Rodhi
9.00 -10.00 mlm: Solat Tarawih diimamkan oleh Ust.Razali An-Nairusi Mudir Ma’ahad Tahfiz al-Mizan Bukit Besi ,Terengganu.
10.00 – 12.00 mlm: Ramah Mesra Bersama Mufti Perlis SS Dr.Mohd.Asri Zainul Abidin – Kearah Mana dakwah kita?
12.00 mlm: BersuraI
BORANG PENYERTAAN
Nama :
Alamat :
No.Tel/Hp:
Yuran Penyertaan : RM90.00
Khas untuk pelajar : RM60.00
Deposit bayaran keakaun :
Dewan Pengajian Ibnu Qayyim,
A/C No: 0701 000 1583715 (Bank Muamalat)
Pembayaran hendaklah dibuat selewat-lewatnya seminggu sebelum tarikh program. Resit pembayaran dan borang penyertaan hendaklah difaxkan ke nombor 04-5222691 atau emailkan kepada institutalqayyim@yahoo.com.my.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Institut al-Qayyim - 04-5222691
Abd.Qadir Sahak – 013-4889954
Abd.Wahab Bahari – 019-4484379
Shukri – 019-3178848
Nik – 012-2012540
Kuliah Merdekakan Diri Menjelang Ramadhan
oleh Ustaz Shapizan Johari
Hari dan tarikh: Rabu 27 Ogos 2008
Masa: 8:15 pm
Lokasi:
Pertubuhan Kebajikan Al-Nidaa' Malaysia,
17A, Lorong Datuk Sulaiman 7,
Taman Tun Dr Ismail,
60000 Kuala Lumpur
Merdekakan diri daripada belenggu nafsu dan godaan syaitan menjelang bulan Ramadhan ini. Ustaz Shapizan bin Johari (Pensyarah di Pusat Asasi UIAM & Timbalan Pengerusi Al-Nidaa') akan berbicara tentang bulan Ramadhan dan persiapan yang sewajarnya dilakukan untuk menyambut ketibaan bulan yang sentiasa dinanti-nantikan oleh umat Islam.
"Apabila tiba Ramadhan, akan dibuka pintu-pintu syurga, akan ditutup pintu-pintu neraka dan syaitan-syaitan akan dirantai." (Riwayat Bukhari & Muslim)
Ustaz Shapizan
v Timbalan Pengerusi Al-Nidaa'
v Tenaga pengajar di Centre for Foundation Studies, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
v B.IRK (Hons) UIAM
v Sedang melanjutkan pelajaran di peringkat Sarjana dalam bidang hadith.
Bayaran Masuk:
Dewasa: RM 10, Pelajar: RM 5
Untuk maklumat lanjut
Sila hubungi:
03-77106900 atau 012-2820244
http://www.al-nidaa.com.my/
Saturday, August 23, 2008
PROGRAM IHYA’ RAMADHAN
13 & 14 September 2008 (13 & 14 Ramadhan 1429H)
30 orang pelajar berumur 13-17 tahun (lelaki sahaja)
PERCUMA (Sumbangan ikhlas dialu-alukan)
bertempat di:
Khalifah Institute,
298, Jalan 3, Taman Ampang Utama, 68000 Ampang, Selangor.
Tel: 03-4256 6810 Fax: 03-4256 5423 E-mail: khalifahproject@ yahoo.com
Sukacita dimaklumkan bahawa sempena bulan Ramadhan al-Mubarak Institut Khalifah akan mengadakan program “Ihya’ Ramadhan” untuk remaja lelaki berumur 13-17 tahun.
Objektif program:
-untuk memberi pendedahan kepada remaja tentang cara menghayati Ramadhan mengikut cara Rasulullah s.a.w. supaya dapat diteruskan sebagai amalan tetap di bulan Ramadhan.
Tentatif Program:
13hb September 2008 (Sabtu)
10.00 pg - Pendaftaran
11.00 pg - Ice Breaking
12.00 pg - Aktiviti 1: Al-Quran Pedoman Hidup
1.30 ptg - Solat Zuhr & Membaca al-Quran
2.30 ptg - Tayangan Video
3.30 ptg - Aktiviti 2 Indahnya Akhlaq Muhammad saw
4.30 ptg - Solat Asar
5.00 ptg - Membaca al-Quran
6.00 ptg - Persiapan berbuka
7.30 mlm - Iftar & Solat Maghrib &Tazkirah
8.45 mlm - Solat Isya’ & Qiam ramadhan
10.00 mlm - Membaca al-Quran
11.00 mlm - Membaca al-Quran & Tidur
14hb September 2008 (Ahad)
4.00 pg - Sahur
6.00 pg - Subuh & Membaca al-Quran & Kuliyah Subuh
8.30 pg - Majlis penutup.
TEMPAT ADALAH TERHAD KEPADA 30 ORANG SAHAJA
Daftarkan anak-anak anda sekarang!
Hubungi kami: 03-4256 6810/ 019-338 2524
Sumbangan ikhlas untuk program ini amat dialu-alukan untuk menjayakannya. Semoga sumbangan tuan/puan di bulan mulia ini dapat memberi manfaat kepada remaja kita dan diberkati Allah.
Sumbangan boleh dibayar kepada Khalifah Institute akaun Bank Islam 12113010021123. Sebarang pertanyaan, sila hubungi En. Ibrahim di talian 019-3382524 atau 03-4256 6810.
Meraikan Ramadhan Menurut Al-Quran Sunnah
Ramadhan?
by Ust Kariman
Tarikh: 29-8-08 Jumaat
Masa: 7.45pm-9pm
Lokasi: Balai Islam, Kampung Tunku (berdekatan Masjid Kg Tunku dan SRK Kg Tunku)
Contact person: Dr Ezzat 012-2941571
Masuk percuma dan terbuka kepada makhluk bumi!
Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu
Penubuhan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu Kampung Tunku
Susu Ibu merupakan asas perkembangan secara menyeluruh anak anda. Peratusan Ibu yang menyusukan anak secara menyeluruh selama 6 bulan di Malaysia hanyalah 14% sahaja.
Marilah bersama membantu ibu yang menyusukan anak mereka. Mereka memerlukan sokongan.
Datanglah beramai-ramai pada;
Tarikh : 30 Ogos 2008
Masa : 10.00 pagi hingga 12 tengahari
Tempat : Madrasah Manarul Islam (Balai Islam Kampung Tunku) [berdekatan Masjid Kampung Tunku dan SRK Kampung Tunku]
Aktiviti:
1. Penubuhan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu Kampung Tunku, Bagaimana?
2. Ceramah 1: Kepentingan susu ibu
3. Ceramah 2: Bagaimana mengatasi masalah penyusuan
4. Pertandingan Mewarna Untuk Kanak-Kanak
5. Jamuan
Pengesahan Kehadiran:
1. Pn Mazni (Pejabat Madrasah Manarul Islam)
2. Dr Fadzidah Ariffin (019-2817673), drfadzidah@gmail.com
3. Pn Kenty (012-2272940)
Friday, August 22, 2008
One Stop Charity Center
One Stop Charity Center
In the name of Allah , the Most Graciuos, Most Merciful
Alhamdullilah, Since the establishment of Al-Khaadem , we have been directly involved in looking into the needs of community, which include the children and old folks. We find that we need to establish a strong and healthy relationship between the children, the young and the old.
Prophet Muhammad S.A.W. have said;
“You are not one of us who do not respect the elders and who do not love the young amongst us”.
Narrowing the generation gap will develop a more caring and loving society in the future. In order to serve the community better,Al-Khaadem embarked on a new project “ Home of Hope ”
The Home of Hope is the flagship project of Al-Khaadem. A successful groundbreaking ceremony was done by the Minister for Rural and Regional Development, YB Dato’ Seri Abdul Aziz Shamsuddin last September 2006, and the project continues its drive for funds to make the building a reality. When ready, the Home of Hope –- built on a 3-acre plot of land endowed to Al-Khaadem in Kota Kemuning – will provide shelter to about 500 orphans, the elderly, battered women, single mothers, abandoned children and those who need help, irrespective of creed or colour.
Having the seniors and adults together with the children offer residents a sense of community, allowing Home of Hope to not only be a shelter, but also a nurturing and loving sanctuary for those in need. It will also allow the children the experience of an extended family situation, complete with the love and mentoring of foster grandparents, and vice versa. As children do not grow up in a vacuum, the community and context of Home of Hope’s environment will nurture a caring, loving and balanced relationship between the children and adults and encourage positive familial relationships. Basically, it is a ONE-STOP-CHARITY center.
Presently, Al-Khaadem is housing 50 orphans at two of its Activity Centres in Kuala Lumpur, while its Halfway House, also in Kuala Lumpur, offers help to needy folks, battered women and stranded travelers. As the present facilities can only cope with a limited number of cases, Al-Khaadem has to turn away many deserving recipients. As such, the completion of Home of Hope will provide a much needed reprieve.
Objective
1. To Develop a better understanding between the young and the old
2. To Educate the young and the old. To care and respect the elders with love and understanding.
3. To create awareness amongst the elders inspite of their age, that they can still contribute to the young because of their experiences that they have gone through in their life
4. To include Islamic moral values in their children
5. To give an opportunity to the elders to spend their times engaging in amal soleh
6. To equip the children with vocational skills so they can be more skillful
The Home of Hope got a much needed boost when it was featured in the local news papers, such as The News Strait Times, The Star and Utusan Malaysia. President Ustaz Hussain Yee was interviewed on the Home's plans and progress as well as Al-Khaadem's hopes to making it a sanctuary for the orphaned and the old.
Fund Rising
The total development cost for Al-Khaadem's ONE-STOP-CHARITY-CENTER , Home of Hope is RM 6,515,000.00. Alhamdullilah, out of endless effort of our steering committee members, today we were able to accumulate RM 3.2 million from kind hearted contributors locally and from abroad. This amount is collected through direct donations, and through various activities such as:
i. Fund raising dinners and luncheons hosted by specially invited guests such as Sister Yvonne Ridley ('ex-Taliban 'captive' whom embrasses Islam)
ii.Sales of Islamic calendars, Ramadhan cards, posters, bookmarks , books, CD collection and the Hereafter Investment Trust certificates (Sijil Amanah Saham Akhirat)
Although RM3.2 million has been collected so far, however, monies collected todate are still short , from the total development cost.Such we appeal to your kind generosity for donations to help make this project a success one, InsyaAllah. We do accept your sadaqah or zakat for this project.
For further enquiries, kindly contact :Ustaz Hussein Yee:
Telephone: 603-77264146 , 603-92818842 , Fax: 603-77264149
Email :alkhaadem.my@google.com
Web: www.al-khaadem.com.my
Prophet Muhammad SAW said :
"He who removes from a believer one of his difficulties of the world, Allah will remove one of his troubles on the Day of Resurrection; and he who finds relief for a hard-pressed person, Allah will make things easy for him on the Day of Resurrection;…Allah supports His slave as long as the slave is supportive of his brother…. [Muslim]
May your kind and generous contribution be blessed and repaid with manifold favours by Allah SWT, Ameen Ya Rabbal Alamin
For Malaysian contributors, all donations made to Al-Khaadem's Home of Hope are Malaysian Income Tax deductable(LHDN 01/35/42/51/179-6.54 04).
Ummah Aid: Program Dakwah Orang Asli
http://www.ummahaid.blogspot.com/
Seminar: Globalization in Islam and Gulen Movement
Seminar on
“Globalization in Islam and Gulen Movement”
28 August 2008/Thursday
Main Hall/ISTAC*
Speakers;
Prof. Dr. Ibrahim M. Abu-Rabi, Harford Seminary, USA
Prof. Dr. Omar Zaid, IIUM
Associate Prof. Dr. Azmuddin Ibrahim, IIUM
Associate Prof. Dr. Abdulaziz Berghout, IIUM
Schedule of Seminar
17:15 – 17:30 : Registration/Arrival of Guests
17:30 - 18:45 : Speeches
18:45 – 19:15 : Questions & Answers
19:15 – 19:30 : End of Seminar/ Refreshment
Open for Public. Free of charge.
Note: Transportation from IIUM Gombak Campus to ISTAC will be provided at 16:30, Main Staircase, Administration Building, IIUM, Gombak Campus
*Address of ISTAC: Persiaran Duta, Jalan Duta, Kuala Lumpur (New
Campus) ,near Hentian Bas Jalan Duta and opposite to Institut Integriti Malaysia
Contact person: Mr Urgu 017-2114987
Thursday, August 21, 2008
Syarat Perubahan Sebenar Sesuatu Bangsa???
Md. Asham B. AhmadFellow12/08/2008 Berita Harian
Bangsa yang mahu maju kehadapan ialah bangsa yang mengambil pengajaran dari kesilapan sendiri dan juga bangsa-bangsa lain, serta belajar dari kelebihan dan kepandaian orang lain. Bangsa yang mahu berubah dari keadaan yang tidak baik kepada keadaan yang baik atau yang sedia baik kepada yang lebih baik mesti belajar, yakni mahu belajar dan boleh diajar (menerima ajaran). Belajar adalah jalan memperoleh ilmu dan kepandaian, akan tetapi tidak semua orang yang melalui jalan itu sampai ke tujuan perjalanan. Ada syarat-syaratnya yang mesti dipenuhi, jika tidak sia-sia sahaja perjalanan itu.
Bijakpandai ada berkata: "Takkan sekali-kali beroleh ilmu seorang yang malu tidak juga yang takbur". Kata-kata ini amat dalam maknanya, dan harus direnungkan dengan cermat. Ia merujuk kepada sifat-sifat yang menjadi penghalang kepada kebolehajaran seseorang manusia.
Seseorang yang ‘hendak' atau ‘mahu' belajar dinamakan ‘murid', ertinya seorang yang memiliki ‘kehendak' atau ‘kemahuan' terhadap ilmu. Kehendak dan kemahuan untuk belajar datang dari keinsafan terhadap kejahilan diri sendiri yang merupakan suatu keaiban, kelemahan, dan kekurangan diri yang hanya boleh dihapuskan apabila ilmu mengambil tempatnya.
Keinsafan ini, jika benar-benar ianya keinsafan, mewajibkan suatu tindakan diambil bagi menyelesaikan masalah berkenaan, yakni memperolehi ilmu yang benar dengan jalan menuntutnya dari yang memilikinya.
Seorang yang malu untuk belajar bukanlah seorang yang menginsafi kekurangan diri kerana dia tidak menyedari bahawa kekurangan itu adalah sesuatu yang membinasakan kehidupannya. Seorang yang takbur pula enggan mengakui kelemahan dan kekurangan diri sehingga tidak memungkinkan dia meletakkan dirinya dibawah tunjuk ajar seseorang yang dia mesti akui kelebihan dan kewibawaannya.
Selagi kedua-dua sifat ini bersarang di jiwa, tidak mungkin seseorang itu meletakkan dirinya sebagai murid kepada sesiapa.Bangsa yang ‘mahu' berubah juga mesti memenuhi syarat yang sama. Ini tentunya sesuatu yang amat sukar kerana suatu bangsa mengandungi manusia yang ramai dan berbagai ragam karenahnya.
Mereka mesti diyakinkan dan dipujuk untuk berubah; justeru mereka mesti terlebih dahulu diinsafkan ‘kenapa' mereka mesti berubah, dan untuk menjelaskan ‘kenapa', mestilah diterangkan dahulu ‘apa' keadaan mereka yang sebenarnya dan ‘punca' atau ‘sebab' mereka berada di dalam keadaan itu.
Usaha mengubah sesuatu bangsa adalah usaha yang panjang dan jauh perjalanannya. Ia menuntut perjuangan yang diasaskan kepada kebijaksanaan, keikhlasan, kesabaran, dan keberanian.Usaha menyedar dan menginsafkan sesuatu bangsa peri hakikat keadaan mereka adalah peringkat pertama, terpenting, dan yang paling sukar. Ia hanya boleh bermula apabila timbul segolongan dari mereka orang-orang yang sedar dan insaf serta mahu pula berdayausaha menyedar dan menginsafkan bangsanya.
Pengalaman sejarah mengajar kita bahawa golongan ini seringkali menjadi sasaran kecaman, cemuhan, ejekan, dan momokan pada peringkat awalnya, dan mula ditindas dan diganyang sekiranya dilihat mendapat sambutan dan mula mengancam apa yang selama ini diterima.Seruan mengubah ‘pemikiran', ‘minda', ‘paradigma' bangsa Melayu bukanlah sesuatu yang asing bahkan semakin lantang kedengaran kebelakangan apatah lagi melihatkan kepada krisis akhlak dan siasah yang semakin parah.
Sudah menjadi kelaziman manusia, ‘sudah terantuk baru tengadah'. Apabila sesuatu masalah mencapai tahap krisis barulah riuh redam bertempik menuding jari menyalahkan satu sama lain. Perjumpaan, rundingan, perbincangan, seminar dan bengkel mula dianjurkan oleh pihak-pihak yang berkenaan bagi mengumpulkan buah fikiran buat memecahkan pokok persoalan. Akan tetapi, di tempat-tempat sebeginilah dapat disaksikan terzahir sifat sebenar bangsa Melayu, yang menjadi punca kemelut yang menyelubungi mereka, yakni bagaimana mereka meletakkan diri mereka dalam menghadapi masalah dan cabaran.
Mereka tidak mengenali keaiban dan kelemahan diri sendiri, masakan mampu pula mereka kenali dan akui taraf dan kedudukan manusia dalam soal ilmu, hikmah, dan kemurnian akhlak. Justeru, dalam kebanyakan keadaan, orang-orang yang mereka hurungi bagi mendapat nasihat dan pandangan buat pedoman adalah orang-orang yang sama sifatnya dengan mereka tetapi telah diletakkan oleh mereka sendiri sebagai pemimpin dan penunjuk jalan. Masakan si buta dapat menunjukkan jalan kepada yang lain?
Dalam keadaan begini, yang mereka perlukan ialah seorang yang jujur dan ikhlas menyatakan kelemahan-kelemahan dan keaiban-keaiban mereka agar terbuka mata hati mereka untuk melihat dan mengenali diri sendiri. Malangnya kejujuran, keikhlasan, keterbukaan, ketegasan, dan keberanian bukanlah sifat-sifat yang dipandang tinggi oleh bangsa kita. Sebaliknya, golongan pengampu, penghasad, dan munafik yang bermuka-muka lebih dihargai dan dimuliakan. Amat sukar untuk mengajak bangsa Melayu melihat ke dalam diri, menyelongkar dan mendedahkan keaiban-keaibannya agar dapat dibersih dan disucikan dirinya dari kotor dan noda.
Pengalamannya sebagai ‘tuan' dalam negara ini menjadikannya takbur dan pantang ditegur bahkan oleh kalangan bangsanya sendiri, inikan pula bangsa lain!Mereka melihat masalah, nasib, dan masa depan mereka dalam kerangka siasah kebangsaan dan semangat kenegaraan yang sempit. Demikian jugalah mereka mentafsirkan agama Islam dan keislaman mereka serta amanah yang mereka pikul. Lupakah mereka bahawa bangsa Melayu tidak punya sebarang kemuliaan jika tidak kerana agama Islam?
Lupakah mereka bahawa amanah mereka yang sebenar adalah terhadap agama Islam, dan dalam rangka itulah mereka sepatutnya mentafsir, memahami, dan melunaskan amanah-amanah mereka yang lain?
Apabila kedudukan siasah mereka tergugat dan tercabar, mereka hadapinya dengan semangat kebangsaan melulu, iaitu taksub. Si pentaksub tetap membela keluarga, puak dan bangsanya tanpa mengira mereka di pihak yang benar (dizalimi) atau salah (menzalimi). Si pentaksub adalah seorang yang ‘buta' matanya dan ‘pekak' telinganya. Dia hanya mahu melihat dan mendengar apa yang menyenangkan perasaannya.
Justeru, si pengampu dan si munafik diangkat menjadi penasihat dan sahabat karib. Masakan mereka ini akan memberikannya nasihat yang benar bahawa dia telah menzalimi diri sendiri dan mengkhianati amanah!Bangsa Melayu sepatutnya melihat kuasa siasah yang dimilikinya sebagai amanah Allah, yang tidak boleh dikhianati, yang boleh ditarik bila-bila masa apabila Dia kehendaki. Allah memuliakan atau menghinakan sesiapa sahaja yang Dia kehendaki.
Ketidakpuasan hati bangsa lain berpunca dari pengkhianatan bangsa Melayu sendiri terhadap amanah sementara yang dipikulkan ke atasnya. Bangsa Melayu telah menjadi zalim kerana tidak mengendahkan peringatan dan teguran.
Mereka menjadi zalim kerana ilmu mereka berkenaan agama Islam sudah dirosakkan oleh para ulama palsu yang melampau. Mereka menjadi zalim kerana berguru dengan manusia yang salah asuhan.
Mereka tidak akan beroleh petunjuk selagi mereka tidak mengubah sifat-sifat yang melayakkan mereka menerima petunjuk.
POLITICAL CHANGE IN MALAYSIA?: A REVIEW OF 2008 GENERAL ELECTIONS
INVITATION TO INPUMA FORUM SERIES
The International Institute of Public Policy and Management (INPUMA),University of Malaya, would like to invite you to our forum seriesentitled,
POLITICAL CHANGE IN MALAYSIA?: A REVIEW OF 2008GENERAL ELECTIONS
Details of the programme are as follows:-
Speakers:
* Assoc. Prof. Dr. Edmund Terence Gomez (University of Malaya)
* Dr. Bridget Welsh (Johns Hopkins University)
Moderator: Professor Dr. Mohd Hazim Shah Abdul Murad (University of Malaya)
DATE : MONDAY, 25AUGUST 2008
TIME : 3.45 pm - 6.15 pm
PLACE : AUDITORIUM RIMBA ILMU, UNIVERSITY OF MALAYA
Please find below a synopsis about the forum for your kind attention and reference:
THE2008 MALAYSIAN GENERAL ELECTIONS: A STATE AND SOCIETY IN TRANSITION?by ASSOC. PROF. DR. EDMUND TERENCE GOMEZ
The results of the 2008General Elections suggest that while Malaysian society hasexperienced fundamental and significant transformations as itseconomy developed, its political parties and the countrys politicalstructures have not kept pace. The election results further suggestthat a serious gap has emerged between what Malaysians want fromtheir government and what they actually received. Through anassessment of electoral trends between 1990 and 2008 and a review ofthe outcomes of key economic and social policies on Malaysiansociety, this study assesses the validity of these view points.
DID THE 2008 MALAYSIAN ELECTION CAMPAIGN MATTER? REFLECTIONS ON MESSAGING, MACHINERY AND MASS MOBILISATION IN THE 12TH GENERAL ELECTIONS.
by DR.BRIDGET WELSH
One of the defining transformations of MalaysianPolitics in the 12th General Elections has been the adoption on newmodern campaign techniques, from polling and party branding tomulti-media messaging and blogging. This forum discusses the impactof the campaign on support for different political parties and onshaping different forms of political participation among Malaysians.Drawing from a national survey conducted by the Merdeka Center in thewake of the election campaign and fieldwork observation fromthroughout the election period, this forum highlight different publicperceptions of political parties, patterns and preferences of use ofdifferent campaign techniques and profiles the different coresupporters of political parties. It illustrates that the campaignitself played a decisive role in shaping the 2008 electoral outcomes. For your information, this forum is free and open to the public. Look forward to your presence and participation in our forthcomingforum.
Thank you.
Best wishes,
International Institute of Public Policy and Management (INPUMA)
Level 3, Block CUniversity of Malaya City Campus Complex
Jalan Tun Ismail
50480 Kuala Lumpur
Tel: 03 - 2617 3039/3038/3005
Fax: 03 - 2617 3040/3027
E-mail: inpuma@um.edu.my
Website: http://www.inpuma.org.my
On Seeking Right Knowledge: Are we?
Ir. Ahmad Jais bin Alias Fellow IKIM 12/08/2008 The Star
My previous article which appeared in this column dealt with the importance of preparing our graduates with the skills to acquire knowledge. The main reason why it is important, is to ensure their readiness and ability for a lifelong journey in the search for knowledge. The ocean of knowledge is there for graduates to explore, and they should not think that their quest for knowledge ends once they graduate or have left the university.
Wednesday, August 20, 2008
Tuesday, August 19, 2008
HP Laptop Sale!
Khazanah Global Lectures 2008
In appreciation for your interest, we would like to extend an opportunity for you to attend the upcoming lecture with
Dr A.P.J. Abdul Kalam
Former President of India
On 28th August 2008
At Hilton Sentral, Kuala Lumpur, MALAYSIA
If you would like to know more about the event, please go to the new KGL website at http://www.kgl.com.my/
To register:
To register for the event, please fill out the form at http://www.kgl.com.my/register.php
However, due to limited seats available for the public, we will only be able to confirm your successful registration within three days of the event.
If you are successful, we will call and/or email your invitation.
Hope to see you there!
Monday, August 18, 2008
Our Toxic World: A Wake Up Call
"Ask yourself why organic farmers have more sperm and
less cancer, depression,suicide, birth-injured or
brain-damaged children than those who use pesticides.
A total of 76 US baby foods were checked and found to
contain 16 different pesticides.
It is estimated that 55% of all fruits and 29% of all
vegetables contain toxic chemicals, and half of these
can cause cancer.
Could this be related to the 25% increase in brain
cancer in children in the past 25 to 50 years? Twenty
million children under five years of age eat an
average of eight types of pesticides a day.
Ninety percent of the children from six months to five
years eat an average of 13 chemicals that damage the
nervous system each day.
About 108 pesticide types were found on 22 different
fruits and vegetables, and as many as 10 to 37
different types can be found on a single apple."
Extracted from: "Our Toxic World: A Wake Up Call"
book review
http://www.aeha-quebec.ca/pdf/AEHAQ_Books_Dr%20Rapp.pdf
See also: www.drrapp.com/
Life Storyteller : Motivational and Inspirational Stories for You and Me
Life Storyteller : Motivational and Inspirational Stories for You and Me
http://wisdomthruwords.blogspot.com/
Get Personal with Sis Zabrina and receive FREE BOOKS! Find out How! Sis Zabrina (a.k.a ME!) will be at 4 MPH Bookstores around Kuala Lumpur and Selangor, Malaysia during 4 different weekends.
Below are her schedule:
1- MPH Bookstore Mid Valley Shopping Mall, Kuala Lumpur, Malaysia this 2nd August 2008, Saturday, between 2-3pm.
2- MPH Bookstore Subang Parade Shopping Mall, Selangor, Malaysia this 9th August 2008, Saturday, between 2-3pm
3- MPH Bookstore Alpha Angle Shopping Mall, Kuala Lumpur, Malaysia this 17th August 2008, Sunday, between 2-3pm
4- MPH Bookstore One Utama Shopping Mall, Selangor, Malaysia this 24th August 2008, Sunday, between 2-3pm
Get your books signed, chat with her, receive goodies and best of all get your BUY 1 FREE 1 offer exclusively from Sis Zabrina, Wise Words Publishing and MPH Bookstores only for YOU!!!
Check out for more information at http://lifestoryteller.ning.com/
See you there, inshaAllah! Oh yes, do bring all your family, friends and loved ones too!
Puasa dengan konsep sains perubatan moden
Kepada anda yang beminat, sila hubungi;
Lembah Kelang
Kelantan dan Terengganu
email: teguhimanresources@yahoo.com
Kuliah: Menghidupkan Ramadhan Menurut Sunnah
Ramadhan?
Sabtu 30-8-08
10am-11.30am
Kuliah by Ust Arif Nazri
Lokasi: Surau Al-Muhajirin, Tmn Sri Ukay, Ulu Klang
(near Adni Islamic School and Jalan Ampang)
Contact person: Mr Norman 019-2723960
Sunday, August 17, 2008
“PROSPECTS FOR A NEW PHILOSOPHY OF MAN AND SOCIETY”
Syarahan Umum
“PROSPECTS FOR A NEW PHILOSOPHY OF MAN AND SOCIETY”
Timbalan Rektor dan Dekan, Fakulti Sastera dan Sains, Universiti Fatih, Istanbul, Turki
50480
9.30 pg. Ketibaan Para Jemputan
9.50 pg.
Timbalan Rektor dan Dekan, Fakulti Sastera dan Sains, Universiti Fatih, Istanbul, Turki
oleh
Moderator: YBhg. Dr. Wan Azhar Wan Ahmah
(Fellow Kanan / Pengarah,Pusat Syariah, Undang-undang & Sains Politik,
Institut Kefahaman Islam Malaysia [IKIM])
11.00 pg. Sesi Perbincangan
11.45 pg. Jamuan Ringan dan Bersurai
Masuk percuma. Berminat? Hubungi En Sham sham@ikim.gov.my atau di talian 03 - 6204 6323.
“HIGHER PETROLEUM PRICES AND INTERNATIONAL LIQUIDITY MANAGEMENT”
Syarahan Umum
PROF. DR. AMER AL-ROUBAIE
Kolej Perniagaan dan Kewangan, Universiti Ahlia, Manama, Bahrain
50480
Universiti Ahlia,
oleh Prof. Dr. Amer Al-Roubaie
Moderator: YBhg. Tuan Haji Nik Mustapha Haji Nik Hassan
(Timbalan Ketua Pengarah, Institut Kefahaman Islam Malaysia [IKIM])
11.45 pg. Jamuan Ringan dan Bersurai
Masuk percuma. Berminat? Hubungi En Sham sham@ikim.gov.my atau di talian 03 - 6204 6323.
Thursday, August 14, 2008
Muzakarah ilmiah
Berikut adalah jadual muzakarah:
Minggu Pertama:
Hari Selasa Pengenalan Kepada Aqidah Ahl Sunnah Wal Jamaah oleh Sdr Abdullah Tahmin bin Muhammad
Rabu Mustalah Hadith oleh Ustaz Ahmad Fauzan bin Yahya
Khamis Pengenalan Kepada Manhaj Ahl Sunnah Wal Jamaah oleh Sdr Abdullah Tahmin bin Muhammad
Minggu Kedua:
Selasa Fiqh Ibadah oleh Sdr Abdullah Tahmin bin Muhammad
Rabu Bahasa Arab oleh Ustaz Ahmad Fauzan bin Yahya
Khamis Fiqh Akhlak oleh Sdr Abdullah Tahmin bin Muhammad
Muzakarah akan dimulakan selepas Isya’ di rumah Saudara Mohammad Faeez(Muhammady7) di alamat: No71,Jalan 45/10 Taman Koperasi Polis Fasa 2 68100,W.P Kuala Lumpur
Sebarang pertanyaan,sila hubungi: Mohammad Faeez Harith(Muhammady7):013-9399085
*Penting:
-Muzakarah hanya terbuka buat muslimin sahaja buat masa ini.
-Sila maklumkan dahulu kehadiran bagi menelakkan sebarang kesulitan.
-Modul akan disediakan atas permintaan peserta dan kos penyediaan modul ditanggung oleh peserta.
-Segala sumbangan untuk menghidupkan muzakarah ini amatlah dialu-alukan.
Barang Cetak Rompal; Fotocopy Buku
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
SOALAN
Saya ada menjalankan perniagaan fotokopi dan percetakan komputer secara kecil-kecilan salah satu universiti awam. Masalahnya ustaz, saya menggunakan perisian windows dan microsoft office yang pirate. Saya tahu bahawa tindakan saya ini salah tapi untuk mendapatkan yang original, harganya terlalu mahal. Saya harap dapat Ustaz jelaskan hukum pendapatan daripada perniagaan yang menggunakan perisian pirate ini dan harap dapat ustaz berikan jalan untuk saya selesaikan masalah ini.....
JAWAPAN
Saya rasa jawapannya sudah jelas apabila anda sendiri telah mengerti bahawa ia adalah salah. Ini adalah kerana, harta intelek telah diiktiraf Islam sebagaimana difatwa oleh para ulama sedunia sebagai harta persendirian. Justeru kita tidak boleh mengambil dan menggunakan yang tiruan KHUSUSNYA apabila software tersebut diniagakan. Ini bermakna apabila seseorang menjadikan barang tiruan sebagai ‘tulang belakang' perniagaannya. Perniagaan tersebut adalah haram, hasilnya juga haram.
Ia adalah berdasarkan keputusan Majlis Kesatuan Ulama Sedunia ( Majma Fiqh Islami) dan juga keputusan Majlis Fatwa Eropah yang disebut oleh Syeikh Dr Yusof AL-Qaradawi. DIA KAFIR
Ada orang yang cuba berhujjah mengatakan bahawa Bill Gates adalah kafir, so tiada masalah untuk menggunakan yang pirate. Selain itu ada juga yang menyatakan beliau sudah terlalu kaya, maka penggunaan anda tidak memberikan apa jua kesan kepada kekayaannya.
Hujjah ini adalah meleset dan tertolak dalam Fiqh Islam, kerana Muslim tidak dibenarkan untuk mencuri harta orang kafir (kecuali kafir yang sedang berperang dengan Islam seperti tentera Amerika yang berada di Iraq). Dalam keadaan tiada sebarang peperangan fizikal yang jelas, maka perisian windows adalah harta syarikat Microsoft dan pemilikan itu adalah diiktiraf oleh Shariah dan diharamkan untuk sesiapa sahaja dicerobohi sesuka hati. Dalilnya terlalu banyak, cukuplah Rasulullah s.a.w dan para sahabat berjual beli dengan orang bukan Islam, Yahudi serta Kafir Musyrik, semua itu menunjukkan umat Islzma tidak dibenarkan mencerebohi dan mestilah membelinya dengan cara yang halal. Pendapatan hasil dari perniagaan perisian pirate adalah antara syubhah dan haram sahaja, tidak lain dari itu. Adapun, bagaimana untuk mengurus pendapatan atau hasil yang anda telah yakin haram, anda boleh membaca dalam artikel saya yang lepas.
PENGECUALIAN
Namun begitu, menurut sebahagian ulama, sekiranya para pelajar ingin menggunakan software untuk komputer peribadinya dan bukan untuk perniagaan, hukum mungkin lebih ringan terutamanya jika pelajar ini benar-benar ketandusan wang untuk mendapatkan yang original. Sedangkan ia amat memerlukan komputer dan perisiannya untuk tujuan pembelajarannya. Tatkal aitu, ada ulama yang mengharuskan atas asas : -
a- ‘Hajat Mendesak' dan kedudukan kewangan bermasalah. Berdasarkan kaedah Fiqh :
الحاجة تنزل منزلة الضرورة عامة كانت أو خاصة
Ertinya : "Suatu keperluan yang boleh jatuh dalam kategori terdesak samada ia berbentuk umum atau khusus" (Al-Ashbah Wa An-Nazair, hlm 89)
b- Hanya untuk kegunaan peribadi dan tidak dikomersilkan.
c- Bertempoh, ertinya apabila kedudukan kewangannya sudah baik, ia perlulah membeli yang original.
Demikian juga halnya keadaan para pelajar di Universiti. Sebagai contohnya terdapat pensyarah yang menjadikan buku tertentu sebagai silibus dan bahan rujukan. Setiap subjek mungkin sehingga 5-6 buku digunakan.
Sudah tentu, pelajar tidak mempunyai budjet untuk membeli buku-buku tersebut yang mungkin amat tebal dengan harga tinggi. Lalu tatkala itu, pelajar DIBENARKAN mem'fotostat' halaman TERTENTU yang berkait dengan pembelajarannya, ia juga diharuskan kerana hajiat.
Kembali kepada kes saudara, jika benar-benar saudara menghadapi kesukaran wang (hanya saudara dan Allah yang tahu) untuk membeli yang original, terdapat keringanan untuk anda menggunakan yang produk tiruan itu dulu buat sementara waktu. Ketika perniagaan sudah dapat menjana keuntungan yang baik dan stabil. Tiada lagi ‘keperluan mendesak', maka tatkala itu WAJIBLAH untuk bertukar dan membeli yang original.
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net