Pengenalan
             Islam itu sempurna tetapi banyak yang diperkatakan tentang penganutnya yang amat tercela. Disebaliknya orang-orang kafir berpegang kepada prinsip-prinsip dan sikap baik yang kita akui sebagai islamik seperti menepati masa dan janji, bersih, jujur, toleran, boleh menerima perbezaan pendapat dsbnya. Tidak kebetulan pula, negara-negara orang kafir inilah yang lebih maju, progresif dan adil.
             Di samping mentauhidkan dan menyembah Allah, Islam menganjurkan akhlak yang mulia dengan sifat-sifat mahmudah dalam merealisasikan peranan manusia sebagai khalifah Allah di muka bumi.
             Walaupun sifat-sifat mahmudah dan mazmumah disentuh dalam kuliah-kuliah Aqidah, jarang terdapat pelajaran Akhlak diajar sebagai satu perkara berasingan.
             Merasakan keperluan dan kepentingan memperbaiki akhlak di kalangan muslim, Al-Nidaa’ menganjurkan Siri Kelas Akhlak Muslim dengan bimbingan Ustaz Fadlan Mohd Othman.
             Kelas akan diadakan di pejabat Al-Nidaa’ 2 kali sebulan bermula pada 3 Ogos jam 8:15 malam.
             Ustaz Fadlan akan menggunakan buku “Pedoman Hidup Muslim” oleh Abu Bakar Jabir Al-Jazairi.
             Semua dijemput.
             Untuk maklumat lanjut, sila hubungi
             03-77106900 atau 012-2820244
www.al-nidaa.com.my
                             
                                                       
www.al-nidaa.com.my
Profail:
              
 Ustaz Fadlan Othman
             -                  Diploma Hadith, Fakulti Hadith, Universiti Islam Abu Bakar, Pakistan
-                  BA (Aqidah & Dakwah), Fakulti Dakwah & Usuluddin, Universiti Islam Madinah
-                  MA (Tafsir), Jabatan Pengajian Al-Quran & As-Sunnah, UKM
-                  Tutor di Jabatan Pengajian Al-Quran & As-Sunnah, UKM
-                  Sedang menyiapkan tesis PhD (Hadith) di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
-                  Ahli Majlis Perunding Pelapis Al-Nidaa'
 
 
No comments:
Post a Comment