Monday, July 7, 2008

Jemputan Ke Karnival ICT

Tuan,

Jemputan Ke Karnival ICT Jabatan Belia dan Sukan Kuala Lumpur 2008

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara tersebut di atas.

2. Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan mengadakan Karnival ICT JBS WPKL 2008. Oleh yang demikian, pihak kami berbesar hati menjemput pihak tuan serta seluruh warga organisasi tuan ke karnival tersebut yang akan berlangsung seperti berikut :

Tarikh : 18 - 20 Julai 2008;

Tempat : Pasar Seni, Kuala Lumpur;

3. Antara pengisian program yang ada ialah gerai jualan barangan IT, bengkel dan forum ICT, pameran - pameran ICT serta program - program Rakan Muda.

4. Segala kerjasama dan perhatian daripada tuan, kami ucapkan jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

"BELIA BENCI DADAH"

Saya yang menurut perintah,

ARIFF AZWAN BIN ALIAS @ ALIAS

Pegawai Belia dan Sukan

Kawasan Batu/Wangsa Maju

b.p Pengarah

Jabatan Belia dan Sukan

Wilayah Persekutuan

No comments: