NAM Institute for the Empowerment of Women (NIEW) dan Sekretariat Pemerkasaan dan Pembelaan Wanita Islam (SENADA), dua buah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan menganjurkan sebuah seminar bertajuk Kepimpinan Wanita Dari Perspektif Islam dengan matlamat utama untuk menghilangkan salah tanggapan bahawa Islam melarang wanita menjadi pemimpin. Pemahaman yang jelas ini akan membolehkan lebih ramai lagi wanita menduduki tampuk kepimpinan tertinggi di sektor awam dan swasta.
Butiran seminar ini adalah seperti berikut:
Tarikh : 29 April 2011 (Jumaat)
Masa : 8.00 pagi – 5.00 petang 
Tempat : Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC), Bukit Tunku, Kuala Lumpur
Atur Cara: 
Lampiran
Seminar Kepimpinan Wanita Dari Perspektif Islam
Tarikh : 29 April 2011 (Jumaat)
Masa : 8.00 pagi – 5.00 petang
Atur Cara
8.00 a.m. Pendaftaran Peserta dan Sarapan Pagi
9.00 a.m. Ketibaan YB Dato’ Sri Shahrizat Abdul Jalil, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & 
                Masyarakat
9.05 a.m. Ucapan Alu-aluan oleh YBhg. Datuk (Dr.) Rafiah Salim, Pengarah NAM Institute for the 
                Empowerment of Women (NIEW)
9.10 a.m. Ucapan Perasmian oleh YB Dato’ Sri Shahrizat Abdul Jalil
9.30 a.m. Slot 1 – Pembentangan oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mahmood Zuhdi Abdul Majid 
                             Perbincangan Hukum Wanita Sebagai Pemimpin
10.30 a.m. Minum Pagi
11.00 a.m. Slot 2 – Pembentangan oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin 
                              Perjuangan Memartabatkan Wanita Melayu
12.00 p.m. Makan Tengah Hari dan Solat 
2.45 p.m. Slot 3 – Pembentangan oleh  Yang Berusaha Dr. Maszlee Malik 
                             Prinsip Tadbir Urus 
3.45 p.m. Slot 4 – Pembentangan oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Mohd. Azam Mohd. Adil
                             Kepimpinan Wanita dari Sudut Perundangan dan Syariah
4.45 p.m. Minum Petang dan Tamat
Penceramah jemputan untuk program ini adalah Yang Berbahagia Profesor Dato’ Dr. Mahmood Zuhdi Abdul Majid (ISTAC), Yang Berusaha Profesor Madya Dr. Mohd Asri Zainul Abidin (USM), Yang Berusaha Profesor Madya Dr. Mohd. Azam Mohd. Adil (UiTM) dan Yang Berusaha Dr. Maszlee Malik. Semua mereka ini adalah nama-nama besar dalam bidang agama di Malaysia. Menariknya, semua panel ini adalah lelaki.
Seramai 250 orang peserta dijangka akan menyertai program ini. Penyertaan adalah percuma dan bersifat first come first served. Pendaftaran boleh dilakukan melalui e-mel ke feedback@niew.gov.my. 
Sekian, Terima Kasih.
Warmest Regards,
Azmil Abrar (Mr.)
Assistant Director
NAM Institute for the Empowerment of Women (NIEW)
Level 16, Wisma Sime Darby
Jalan Raja Laut
50350 Kuala Lumpur
Malaysia
http://www.niew.gov.my/
Tel : 603-2614 3013/012 - 611 1490
Fax: 603- 26910344/ 0340
Monday, April 25, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


 
 
No comments:
Post a Comment