Monday, September 29, 2008

Saf Di Dalam Solat: Kedudukan, Perintah & Tuntutannya





Saf Di Dalam Solat: Kedudukan, Perintah & Tuntutannya
http://fiqh-sunnah.blogspot.com/

Sebaik-baik Saf Dan Keutamaan Saf
Diriwayatkan dari Jabir bin Samirah ia berkata, Rasulullah bersabda, Tidakkah kalian ingin berbaris, sebagaimana para malaikat berbaris di hadapan Rabb mereka. Maka kami bertanya, Bagaimanakah para malaikat berbaris di hadapan Rabb?? Beliau menjawab, Mereka menyempurnakan barisan yang depan dan saling merapat di dalam saf.? (Hadis Riwayat Muslim, no. 430)

Dari Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda, Seandainya orang-orang tahu (pahala) yang terdapat di dalam seruan (azan) dan barisan (saf) pertama kemudian mereka tidak mendapatkan cara untuk mencapainya kecuali dengan cara melakukan undian, pasti mereka akan mengadakannya. (Hadis Riwayat Bukhari, no. 615. Muslim, no. 137)
Sesungguhnya Allah azza wa jalla dan para Malaikat-Nya berselawat ke atas barisan (saf) yang pertama atau saf yang awal. (Dinilai hasan oleh al-Albani di dalam Sahih at-Targhib wa at-Tarhib, 1/197)

Menyempurnakan Saf Yang Hadapan Dahulu
Dari Anas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
Sempurnakanlah saf pertama, kemudian saf berikutnya. Jika kurang (saf pertama telah penuh/tidak mencukupi), maka hendaklah ia mengambil saf yang belakang. (Hadis Riwayat an-Nasa?i, 2/93)

Sheikh Abdul Aziz bin Baaz rahimahullah menyatakan, Barisan itu dimulai dari tangah di dekat posisi imam. Barisan sebelah kanan lebih afdhal daripada barisan sebelah kiri. Yang wajib dilakukan adalah tidak dimulakan membuat barisan baru sehinggalah barisan pertama sempurna. Tidak ada masalah jika orang-orang yang berada di sebelah kanan barisan lebih banyak dan tidak perlu dilakukan penyeimbangan kerana perkara tersebut bertentangan dengan sunnah. Hanya saja, tidak diperbolehkan membuat barisan kedua sehingga barisan pertama sempurna dan tidak boleh juga membuat barisan ketiga hingga barisan kedua sempurna. Begitu jugalah barisan yang seterusnya. (Fatawa Ibni Baaz, 11/205)

Posisi Makmum di Dalam Solat
Untuk maklumat bergambar, sila layari http://fiqh-sunnah.blogspot.com/

Perintah Dan Tuntutan Merapatkan Saf
Persoalan menjaga saf dan merapatkan saf di dalam solat adalah merupakan suatu permasalahan yang kian terabai. Ramai dari kalangan masyarakat hari ini, mengambil mudah dalam hal ini sebagaimana yang banyak berlaku di masjid-masjid sekeliling kita. Saf-saf solat mereka kelihatan renggang, tidak sekata, dan lebih mengecewakan adalah apabila para imam sendiri tidak ambil endah berkenaan hal ini. Sedangkan jika dilihat kepada hadis-hadis Rasulullah s.a.w. dan atsar para sahabat, dalam persoalan merapatkan saf ini, sungguh betapa dititik beratkan kesempurnaannya, dan malah jika gagal menyempurnakannya, ada pula hadis-hadis yang berbentuk ancaman.

Meluruskan dan merapatkan saf (barisan) dalam solat berjamaah adalah merupakan suatu hal yang sangat diperintahkan (dituntut), sebagaimana di dalam hadis Nabi s.a.w., (maksudnya), Luruskan saf-mu, kerana sesungguhnya meluruskan saf itu merupakan sebahagian dari kesempurnaan solat. (Hadis Riwayat Muslim, no. 433) Dalam Riwayat yang lain, Sesungguhnya meluruskan saf itu merupakan sebahagian dari mendirikan solat (Hadis Riwayat Bukhari, no. 722. Muslim, no. 435) Sesungguhnya menegakkan saf (meratakan saf), adalah sebahagian dari kebaikan solat. (Hadis Riwayat Bukhari, no. 723)

Hadis tersebut dan hadis-hadis lain yang seumpamanya, kata lbnu Hazm, merupakan dalil wajibnya merapikan saf sebelum dan sepanjang melaksanakan solat. Kerana menyempurnakan solat itu wajib, sedang kesempurnaan saf merupakan sebahagian dari kesempurnaan solat, maka merapikan saf merupakan kewajiban. Juga lafaz amr (perintah) dalam hadis di atas menunjukkan wajib. Selain itu, Rasulullah s.a.w. setiap kali akan memulakan solat (berjemaah), selalu menghadap kepada jamaah dan memerintahkan untuk meluruskan saf, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a.

Umar bin Khaththab r.a. pernah memukul Abu Utsman al-Nahdi kerana keluar dari barisan solatnya. Juga Bilal pernah melakukan hal yang sama, seperti yang dikatakan oleh Suwaid bin Ghaflah bahawa Umar dan Bilal pernah memukul bahu kami dan mereka tidak akan memukul orang lain, kecuali kerana meninggalkan sesuatu yang diwajibkan. (Rujuk Fathul Bari, 2/447). Anas r.a. ketika tiba di kota Madinah ditanya, Apa yang engkau ingkari dari perbuatan kami sejak sepeninggalan Rasulullah?? Dia menjawab, Tidak ada perbuatan kalian yang aku ingkari kecuali ketika kalian tidak meluruskan saf-saf kalian. (Diriwayatkan oleh Bukhari di dalam Sahihnya, no. 724)
Bahkan Rasulullah s.a.w. sebelum memulakan solat, beliau berjalan merapikan saf dan memegang dada dan bahu para sahabat lalu bersabda,?Hendaklah kalian meluruskan saf-saf kalian atau Allah akan membalikkan wajah-wajah kalian.? (Hadis Riwayat Bukhari, no. 717, Muslim, no. 436)

Di dalam riwayat Abu Hurairah r.a.. dia berkata, Rasulullah biasa masuk memeriksa ke saf-saf bermula dari satu hujung (sisi) ke hujung yang lain, memegang dada dan bahu kami seraya bersabda, Jangan lah kalian berbeza (tidak lurus safnya), kerana akan menjadikan hati kalian berselisih. (Hadis Riwayat Muslim)
Dalam hadis yang lain yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dari an-Numan bin Basyir: beliau berkata, Dahulu Rasullullah meluruskan saf kami sehingga sampai seperti meluruskan anak panah hingga beliau memandang kami telah faham apa yang beliau perintahkan kepada kami (sehingga saf kami telah rapi) kemudian suatu hari beliau keluar (untuk solat) kemudian beliau berdiri, hingga ketika beliau akan bertakbir, beliau melihat seseorang yang dadanya terkehadapan, maka beliau bersabda:
Wahai para hamba Allah, hendaklah kalian benar-benar meluruskan saf atau Allah akan memperselisihkan wajah-wajah kalian. (Diriwayatkan oleh Muslim, no. 436)

Sedangkan hadis yang diriwayatkan dari Anas r.a., Beliau bersabda, Luruskan dan rapatkan saf-saf kalian, kerana sesungguhnya aku melihat kalian dari balik punggungku. (Diriwayatkan oleh Abu Yala di dalam al-Musnad, no. 3720, al-Mukhlis di dalam al-Fawaid (1/10/2), Said ibn Manshur di dalam al-Sunan, dan al-Ismaili sebagaimana di dalam Fathul Bari (2/211). Sanad hadis ini adalah sahih menurut syarat al-Bukhari dan Muslim seperti disebutkan di dalam al-Silsilah as-Sahihah)
Imam al-Qurthubi berkata, Yang dimaksudkan dengan perselisihan hati pada hadis di atas adalah bahawa ketika seseorang tidak lurus di dalam safnya dengan berdiri ke depan atau ke belakang, menunjukkan kesombongan di dalam hatinya yang tidak mahu diatur. Yang demikian itu, akan merosakkan hati dan memungkinkan menimbulkan perpecahan (Rujuk: Fathul Bari 2/443)

Pendapat ini juga didukung oleh Imam al-Nawawi, beliau berkata, Berbeza hati maksudnya, terjadi di antara mereka kebencian dan permusuhan serta pertentangan hati. Perbezaan ketika ber-saf merupakan perbezaan zahir dan perbezaan zahir adalah wujud dari perbezaan batin iaitu hati.

Sementara Qadhi Iyyadh menafsirkannya dengan mengatakan Allah akan mengubah hati mereka secara fizikal, sebagaimana di dalam riwayat lain (Allah akan mengubah wajah mereka). Hal itu merupakan ancaman yang berat dari Allah. Sebagaimana Dia mengancam orang yang mengangkat kepalanya sebelum imam (itidal), maka Allah akan mengubah wajahnya menjadi wajah keldai. Imam al-Kirmani menyimpulkan, Akibat dari pertentangan dan perbezaan di dalam saf, boleh menimbulkan perubahan anggota atau tujuan atau juga perbezaan balasan dengan memberikan balasan yang sempurna bagi mereka yang meluruskan saf dan memberikan balasan keburukan bagi mereka yang tidak meluruskan safnya.

Berdiri di dalam saf bukan hanya sekadar berbaris lurus, tetapi juga dengan merapatkan kaki dan bahu antara satu dengan yang lainnya seperti yang dilakukan oleh para sahabat. Dari Ibnu Umar r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda, Rapatkanlah saf, dekatkan (jarak) antara saf-saf itu dan ratakan bahu-bahu.? (Hadis Riwayat Abu Daud dan an-Nasai, disahihkan oleh Ibnu Hibban)

Di dalam riwayat lain, Rasulullah s.a.w. bersabda, Demi jiwaku yang ada di tangan-Nya, aku melihat syaitan masuk di celah-celah saf, sebagaimana masuknya anak kambing.? (Diriwayatkan oleh Abu Daud, no. 666. an-Nasa?i, 2/93. Ahmad, 2/97)
Bahkan sehingga ada sebahagian ulama yang mewajibkan hal itu, sebagaimana perkataan Sheikh al-Albani rahimahullah dalam mengulas sabda Nabi s.a.w. …atau Allah akan memperselisihkan wajah-wajah kalian, dengan menyatakan, Sesungguhnya ancaman seperti ini tidak boleh dikatakan termasuk perkara yang tidak diwajibkan, sebagaimana tidak samar lagi. Akan tetapi sungguh amat sangat disayangkan, sunnah meluruskan dan merapatkan saf ini telah diremehkan bahkan dilupakan kecuali oleh segelintir kaum muslimin.

Menurut Sheikh Masyhur Hasan Salman (Rujuk: Koreksi Total Ritual Solat, oleh Sheikh Masyhur Hasan Salman, m/s. 212-231):
Apabila jamaah solat tidak melaksanakan sebagaimana yang dilakukan oleh Anas dan al-Numan maka akan selalu ada celah dan ketidaksempurnaan dalam saf. Dan pada kenyataannya (kebanyakannya) para jemaah solat apabila mereka merapatkan saf maka akan luaslah saf (menampung banyak jemaah) khususnya saf pertama kemudian yang kedua dan yang ketiga. Apabila mereka tidak melakukannya, maka:
Pertama: Mereka terjerumus ke dalam suatu bentuk larangan syari, iaitu tidak meluruskan dan merapatkan saf.

Kedua: Mereka menyediakan celah untuk syaitan dan Allah akan memutuskan mereka, sebagaimana hadis dari Ibnu Umar radhiyallahu anhuma bahawasanya Nabi Shallallahu alaihi wa Sallam bersabda, Tegakkan saf-saf kalian dan rapatkan bahu-bahu kalian dan tutuplah celah-celah dan jangan kalian tinggalkan celah untuk syaitan, barangsiapa yang menyambung saf nescaya Allah akan menyambungnya dan barangsiapa memutuskan saf nescaya Allah akan memutuskannya. (Hadis Riwayat Abu Daud, no. 666 di dalam Sunannya. Disahihkan oleh Ibnu Khuzaimah dan al-Hakim)
Menurut Sheikh al-Albani (rahimahullah) , Yang benar, menutup ruang kosong di antara saf hukumnya adalah wajib.

Ketiga: Terjadi perselisihan dalam hati-hati mereka dan timbul banyak pertentangan di antara mereka, sebagaimana dalam hadis an-Numan terdapat faedah yang menjadi terkenal dalam ilmu jiwa, iaitu sesungguhnya rosaknya zahir mempengaruhi rosaknya batin dan begitu jugalah sebaliknya. Di samping itu bahawa sunnah meluruskan dan merapatkan saf menunjukkan rasa persaudaraan dan saling tolong-menolong, sehingga bahu si miskin menempel dengan bahu si kaya dan kaki orang lemah merapat dengan kaki orang kuat, semuanya dalam satu barisan seperti bangunan yang kuat, saling menopang satu sama lainnya.

Keempat: Mereka kehilangan pahala dan fadhilat yang besar yang dikhabarkan melalui hadis-hadis yang sahih, di antaranya sabda Nabi Shallallahu alaihi wa Sallam, Sesungguhnya Allah dan para malaikatnya berselawat kepada orang yang menyambung saf. (Hadis Riwayat Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah dan al-Hakim. Dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam Kitabnya Sahih at-Targhib wa at-Tarhib, 1/335)

Cara-Cara Merapatkan Saf Yang Betul

1 Merapatkan bahu dengan bahu, lutut dengan lutut, dan mata kaki dengan mata kaki sebagaimana hadis berikut:
Dari Numan bin Basyir r.a. berkata: Aku melihat seseorang merapatkan bahunya dengan bahu saudaranya, merapatkan (melekatkan) lututnya dengan lutut saudaranya dan mendekatkan mata kakinya dengan mata kaki saudaranya. (Hadis Riwayat Bukhari, Kitab Azan, no. 76. Abu Daud, no. 616)

2 Meratakan/meluruskan telapak kaki dengan talapak kaki saudaranya dan meluruskan telapak kaki ke arah kiblat.
Dari Anas bin Malik r.a. berkata, (Pada waktu solat) masing-masing dari kami meratakan bahunya dengan bahu saudaranya dan telapak kakinya dengan telapak kaki saudaranya. (Hadis Riwayat Bukhari, no. 725)
Baginda menghadapkan hujung-hujung kedua-dua jari-jemari kaki baginda ke arah Kiblat. (Hadis Riwayat Bukhari dan Abu Daud) Baginda s.a.w. mengarahkan jari jemari kakinya ke arah kiblat. (Rujuk: Tuntutan Rasulullah Dalam Ibadah, hlm. 19. Ibn Qaiyyim al-Jauziyah Dinukil dari buku: Solatlah Sebagaimana Rasulullah s.a.w. Solat, Oleh Ustaz Rasul Dahri)

3 Menutup ruang/celahan di antara saf.
Dari Ibnu Umar bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
Tegakkanlah saf-saf, sejajarkanlah bahu-bahu kalian, tutupkanlah celah-celah, dan lembutkanlah diri kalian untuk disentuh tangan-tangan saudara kalian. Jangan biarkan celah-celah untuk dimasuki syaitan. Barangsiapa yang menyambung saf, maka Allah menyambungnya dan barangsiapa yang memutuskan saf, maka Allah memutuskannya. (Hadis Riwayat Abu Daud, no. 666. an-Nasa?i, 2/93. Ahmad, 2/97. Juga dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam Sahih Abi Daud, 1/197) Di dalam riwayat lain, Rasulullah s.a.w. bersabda, Demi jiwaku yang ada di tangan-Nya, aku melihat syaitan masuk di celah-celah saf, sebagaimana masuknya anak kambing. (Hadis Riwayat Abu Daud, no. 667. Dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam Sahih Sunan Abi Daud, 1/198)

4 Meletakkan posisi badan dalam keadaan yang baik/betul.
Dari an-Numan bin Basyir: beliau berkata, Dahulu Rasullullah meluruskan saf kami sehingga sampai seperti meluruskan anak panah hingga beliau memandang kami telah faham apa yang beliau perintahkan kepada kami (sehingga saf kami telah rapi), kemudian suatu hari beliau keluar (untuk solat) kemudian beliau berdiri, hingga ketika beliau akan bertakbir, beliau melihat seseorang yang dadanya terkehadapan, maka beliau bersabda:

Wahai para hamba Allah, hendaklah kalian benar-benar meluruskan saf atau Allah akan memperselisihkan wajah-wajah kalian. (Diriwayatkan oleh Muslim, no. 436)

Keudukan/susunan Saf Yang Betul Dan Rapi
Untuk maklumat bergambar, sila layari http://fiqh-sunnah.blogspot.com/

Larangan Membuat Saf Sendirian
Seorang makmum dilarang membuat saf sendirian, berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Wabishah bin Mibad, bahawa Rasulullah s.a.w. melihat seseorang solat di belakang saf sendirian, maka beliau memerintahkan untuk mengulang solatnya. (Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, at-Tirmidzi. Disahihkan oleh al-Albani di dalam Sahih Sunan Abi Daud, 1/299 dan Irwaaul Ghalil, no. 541)

Menurut Sheikh Muhammad bin Soleh al-Utsaimin (rujuk: asy-Syarhul Mumti, 4/376-385), jika seseorang menjumpai saf yang sudah penuh, sementara ia sendirian dan tidak ada yang ditunggu, maka boleh baginya solat sendiri di belakang saf itu.
Untuk menjaga keutuhan, seseorang dibolehkan untuk maju atau bergerak ke hadapan ketika mana mendapati ada saf di hadapannya yang terputus. Sabda Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abu Juhaifah, beliau bersabda, Barangsiapa yang memenuhi celah yang ada pada saf maka Allah akan mengampuni dosanya. (Hadis Riwayat al-Bazzar dengan sanad yang hasan)

Tiada langkah paling baik melebihi yang dilakukan oleh seseorang untuk menutupi celah di dalam saf. Dan semakin banyak teman dan saf dalam solat berjamaah akan semakin afdhal, sebegaimana yang diriwayatkan oleh Ubay bin Kaab, Rasulullah s.a.w. bersabda, Solat seorang bersama seseorang lebih baik daripada solat sendirian, dan solat bersama dua orang lebih baik dari solat bersama seseorang. Dan bila lebih banyak maka yang demikian lebih disukai oleh Allah Azza wa Jalla. (Muttafaq Alaih)
Memasuki Saf Dalam Keadaan Tenang

Dan ketika memasuki saf untuk solat disunnahkan untuk melakukannya dengan tenang iaitu tidak terburu-buru, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abi Bakrah, bahawasanya ia solat dan mendapati Nabi sedang ruku’ lalu dia ikut ruku’ sebelum sampai kepada saf, maka Nabi berkata kepadanya, Semoga Allah menambahkan kepadamu semangat (kemahuan), tetapi jangan kamu ulangi lagi. (Hadis Diriwayatkan oleh Bukhari)

Rujukan/Disusun Daripada:
1 Imam ash-Shanani, Subulus Salam Syarah Bulughul Maram, Terbitan Darus Sunnah Press, Cet. Pertama Oktober 2007.
2 Sheikh Muhammad Nashiruddin al-Albani, Tamamul Minnah (Judul Asli: Tamamul Minnah fi Takliq ala Fiqhus Sunnah), Terbitan Pustaka Sumayyah, Cet. Kelima. Disember 2007.
3 Sheikh Dr. Said Ali bin Wahf al-Qahthani, Ensiklopedi Shalat Menurut al-Quran dan as-Sunnah, Terbitan Pustaka Imam asy-Syafii, Cet. Kedua Januari 2008.
4 - Sheikh Abu Malik Kamal as-Sayyid Salim, Shahih Fiqih Sunnah, Terbitan Pustaka at-Tazkia, Cet. Kedua Mac 2007.
5 Sheikh Masyhur Hasan Salman, Koreksi Total Ritual Solat (Judul asli: al-Qawl al-Mubiin fii akhthaa al-Mushalliin) , Terbitan Pustaka Azzam, Cet. Ke 3 1993M.

No comments: