Sunday, November 2, 2008

JADILAH PENYEBAB HIDAYAH, BUKAN PENYEBAR DHALALAH




مَنْ دَعَا إِلَى هُدًى كَانَ لَهُ مِنَ الأَجْرِ مِثْلُ أُجُورِ مَنْ تَبِعَهُ لاَ يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْئًا وَمَنْ دَعَا إِلَى ضَلاَلَةٍ كَانَ عَلَيْهِ مِنَ الإِثْمِ مِثْلُ آثَامِ مَنْ تَبِعَهُ لاَ يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ آثَامِهِمْ شَيْئًا


Maksudnya:

Sesiapa yang mengajak manusia ke jalan hidayah (kebenaran), dia akan memperolehi ganjarannya seperti ganjaran orang-orang yang mengikutinya. Tidak dikurangkan sedikit pun daripada ganjaran pahala mereka. Dan sesiapa yang mengajak manusia ke jalan kesesatan, maka dia akan memperolehi dosanya seperti dosa orang-orang yang mengikutinya dengan tidak dikurangkan sedikit pun daripada dosa mereka.

(Hadith riwayat Muslim – no.6980)


Huraian:

1- Konsep ganjaran dosa dan pahala adalah merupakan antara perkara asas dalam ajaran Islam. Keimanan kita kepada ganjaran sebegini akan menjadi benteng kukuh untuk menghalang manusia daripada melakukan perkara-perkara yang dimurkai Allah SWT.

2- Konsep ganjaran pahala juga menjadi asas utama dalam membina jiwa muslim yang akan tetap terus mengamalkan perkara kebaikan walaupun tidak melihat ganjaran kebendaan di dunia ini.

3- Kewajipan mengajak manusia kepada kebenaran adalah kewajipan seluruh umat dan sebaik-baik manusia yang menjalankan tanggungjawab ini adalah para Nabi dan Rasul ‘ a.s. Walaupun menerima tentangan dan cabaran, tugas itu tetap digalas berbekalkan slogan yang disebutkan di dalam Al-Quran, Surah Yunus ayat 72 yang bermaksud:

"Jika kamu berpaling (dari peringatanku), aku tidak meminta upah sedikit pun dari padamu. upahku tidak lain hanyalah dari Allah, dan aku disuruh supaya aku termasuk dalam golongan orang-orang yang berserah diri (kepada-Nya)".


4- Telah menjadi lumrah alam yang diciptakan Allah SWT apabila adanya pendakwah atau orang yang menyeru kepada kebenaran, pasti akan ada segolongan pendakwah yang berlawanan iaitu orang yang menyeru kepada kesesatan dan mengajak manusia meninggalkan agama. Firman Allah SWT di dalam Al-Quran, surah al-Taghabun ayat 2 yang bermaksud:

"Dialah yang menciptakan kamu Maka di antara kamu ada yang kafir dan di antaramu ada yang mukmin. dan Allah Maha melihat apa yang kamu kerjakan. "

5- Rasulullah SAW menerangkan di dalam hadith yang ringkas ini bagaimana seseorang yang menjadi sebab kepada orang lain mendapat hidayah akan diberi ganjaran oleh Allah SWT. Ganjaran itu bukan sekadar ganjaran hasil dakwahnya, malah ganjaran itu ditambah pula dengan ganjaran hasil amalan orang yang menerima dakwahnya. Inilah rahmat Allah SWT terhadap seorang pendakwah yang menjadi penyebab kepada tersebarnya petunjuk dalam kalangan manusia. Namun, Allah SWT tidak akan mengurangkan ganjaran yang diperolehi oleh mereka yang beramal. Segalanya adalah adil dan saksama malah dilipat gandakan lagi oleh Allah SWT.

6- Rasulullah SWT juga memberitahu bahawa Allah SWT menyediakan balasan dosa untuk orang yang mengajak orang lain melakukan perkara-perkara yang salah dan dilarang oleh Islam. Malah dosanya itu digandakan dengan dirinya juga menanggung dosa orang-orang yang disesatkannya. Inilah ganjaran setimpal kerana dirinya menjadi penyebab ramainya pelaku dosa. Namun begitu, dosa orang-orang itu tidak akan dikurangkan dan mereka semuanya akan menanggung dosa berdasarkan amalan masing-masing. Itulah keadilan Allah SWT.

7- Marilah kita berusaha untuk menjadi penyebab kepada hidayah dengan apa cara sekalipun dan bukan pula penyebar kesesatan dan dosa. Kalau di dunia ini kita mahu keuntungan berlipat ganda dalam bentuk wang dan harta, maka sepatutnya kita juga mahukan keuntungan akhirat yang berlipat ganda dalam bentuk ganjaran pahala dan keredhaan Allah SWT.


Dipetik dari www.al-ahkam.net

Friday, October 31, 2008

Workshop on Da'wah by Sheikh Yusuf Estes - Registration extended to 10/11/0

Assalamualaykum wbt.

In conjunction with his forthcoming maiden trip to Malaysia next month inshaAllah, a Workshop on Da'wah by Sheikh Yusuf Estes will be held on:

Monday 24/11/08 at Masjid Al-Mukminun (USJ2) Hall, Subang Jaya

Fee: RM30 per pax (for Youths & Adults aged 17 years and above only) - payable at entrance


Agenda:
08:00 - 09:00 Registration of participants and breakfast
9:00 - 10:30 Sharing Islam with Muslims
10:30 - 10:45 Break
10:45 - 12:15pm Sharing Islam with Non-Muslims
12:15 - 1:00p.m Q&A


Don't miss this golden opportunity to acquire as much knowledge from this immensely popular and prominent speaker, who was a former Christian priest, who has travelled to >50 countries and listened by millions!

To register, please send me your details i.e. your full name, email and contact to shimaderus@yahoo.co.uk.

Closing date for registration: 10 Nov. 2008

Kindly forward this email. For other programmes, please refer to www.al-nidaa.com.my

Wasalam.
Shima Derus

Berkorban Nyawa di Palestine; why not.???



Assalamu'alaikum,

Saya ingin panjangkan usaha ust Anas memberi peluang kpd sesiapa sesiapa ingin berkorban nyawa di Palestine.

Maksud saya nyawa haiwan korban. Dgn hanya RM200 utk satu bahagian; iaitu seekor kambing.

FYI, harga kambing di sana mmg murah dibandingkan dgn kawasan tanah Arab yg lain. Tarikh akhir penyertaan ialah sebelum 15/11/2008.

Sesiapa yg berminat boleh hubungi saya abu maryam amirizal di nurledge@gmail.com.

Terimakasih.

إن الله تعالى يرفع بهذا الكتاب أقواماً ، ويضع به آخرين
رواه مسلم-

Kursus Haji Menurut Petunjuk Nabi SAW



Hari: Ahad

Tarikh: 2 November 2008

Masa: 9.30 pagi hingga 4 petang

Bayaran: Rm 35 (termasuk makan dan minum)

Pembinbing: Ust Helmi dari Mutawwif MUHAMMADIYAH TRAVEL & TOURS SDN.BHD (bekas mudir Al-Khaadem Tahfiz Centre)

Lokasi:
AL FAQEH Centre
35-A, JALAN COKMAR 1, TAMAN MUTIARA, BKT RAJA OFF JALAN MERU, 41050 KLANG, SELANGOR TEL/FAX: 03-33448135
Emel: adisalaf@yahoo.com.my
Web: http://al-faqeh.blogspot.com

Contact Person: ADI NEGARA 016-2091531

Kuliah Ust Adlan di Bangi

Bicara Ilmu Hujung Minggu.

Tajuk : Kehidupan Rasulullah dan Para Sahabat dengan anak- anak.

Penceramah: Ustaz Adlan Abd Aziz

Tarikh: Ahad 09hb November 2008

Masa: 10.00 pagi – 11.30 pagi

Tempat: Khalifah Development Center, No 30, 8/13, Seksyen 8,Bandar Baru Bangi

Penyertaan adalah percuma.

Untuk Pendaftaran sila hubungi:
Cik Suraya Sidek
012 285 7864

Wassalam
Maslina Ngadiman @ ngaslina@yahoo.com.my
http://khalifahshop .blogspot. com
http://ikartun. blogspot. com

Thursday, October 30, 2008

Free Islamic E-Books



Layari http://abusalma.wordpress.com/e-books/

INFO KULIAH MINGGUAN

Kuliah Tafsir Al-Quran by Dr Abdullah Yassin
Setiap Isnin
Dewan, Kelab Golf Perkhidmatan Awam (KGPA), near section 16 PJ (UIA PJ and UM)
9.30am-10.30am - Tafsir AL-Quran
10.45am-12pm - Bimbingan memahami AL-Quran dan Hadith
Contact Person: Dr Abdullah Yassin 012-3224050


Kuliah Aqidah : Syarah Buku Penghantar Aqidah Lengkap (terbitan Pustaka Imam Syafiee)
Setiap Isnin
By Ustaz Hussein Yee
After isya' - 10.15 pm
Al-Khadeem Centre http://www.al-khaadem.com.my/
(in front of flat), Lot 1034, Jalan Cempaka, Sg Kayu Ara (near Mujahideen Mosque and uptown Damansara Utama) 10-15 minutes from UM and UIA PJ

Kuliah Tafsir Al-Quran by Ust Sofwan Badrie
Setiap Isnin minggu pertama sebulan
7.45pm-9pm
Balai Islam, Kampung Tunku (berdekatan Masjid Kg Tunku dan SRK Kg Tunku)
Contact person: Dr Ezzat 012-2941571


Kuliah Tafsir Al-Quran by Ust Kariman
Setiap Jumaat
7.45pm-9pm
Balai Islam, Kampung Tunku (berdekatan Masjid Kg Tunku dan SRK Kg Tunku)
Contact person: Dr Ezzat 012-2941571

Kuliah Tafsir Al-Quran by Ust Kariman
Setiap Sabtu
4pm-5.30pm
Pusat Pengajian Islam (Darul Ta'lim), No44a Lrg Rahim Kajai 14, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur (bersebelahan AKUBEKAM)
Tel : 0377282393/ 0377275067
Fax : 0377288067


Kuliah Aqidah (English) How to behave as a good muslim according to Al-Quran and As-Sunnah
Setiap Ahad
Ustaz Hussein Yee
11am-12.30pm
Al-Khadeem Centre http://www.al-khaadem.com.my/
(in front of flat), Lot 1034, Jalan Cempaka, Sg Kayu Ara (near Mujahideen Mosque and uptown Damansara Utama) 10-15 minutes from UM and UIA PJ

Untuk mendapatkan maklumat terkini tentang jadual bulanan kuliah di Surau Al-Muhajirin, Taman Sri Ukay, sila hubungi atau sms kepada Bro Norman 019-2723960.

Untuk mendapatkan maklumat terkini tentang jadual mingguan program/kuliah An-Nida'' yang diadakan pada setiap hari Rabu malam khamis di Pejabat An-Nida', Taman Tun Dr Ismail (berhampiran Masjid At-Taqwa), sila hubungi atau sms kepada Pak Din 012-2820244 atau layari www.al-nidaa.com.my

Untuk mendapatkan maklumat terkini tentang jadual bulanan/mingguan kuliah di Dewan, Kondominium Tropika Paradise, USJ 17, sila hubungi atau sms kepada Pn Zahariah 012-3076703

Untuk mendapatkan maklumat terkini tentang jadual bulanan/mingguan program Ziarah dan Dakwah Masyarakat Orang Asli, sila hubungi atau sms kepada Ust Wahab 012-5325210 atau layari www.ummahaid.blogspot.com

Untuk mendapatkan maklumat terkini tentang jadual bulanan kuliah di Surau Al-Mawaddah, seksyen 7 Shah Alam dan Akademi Pengajian Al-Faqeh, Meru, Klang, sila hubungi atau sms kepada Bro Nawawi 012-6887715 atau layari http://an-nawawi.blogspot.com/

Bagi mendapatkan/membeli DVDs kuliah-kuliah, sila layari www.tekadmahir.com atau hubungi Bro Mus 019-2788208

Bagi mendapatkan/membeli DVDs kuliah-kuliah, sila layari http://twoti.com/v1/ atau hubungi Bro Shukri di Ground Floor, Wisma Era Mewah, Lot 3, KM16
Jalan Damansara, Bukit Lanjan, 60000 Kuala Lumpur
Tel: 019-3178848/013-3918848 Fax: 03-77105848 Email: twoti.creations@gmail.com



Others useful website:
www.al-khaadem.com.my
www.drmaza.com
www.islamiclearningcentre.com
www.al-nidaa.com.my
www.al-ahkam.net
www.ahlimasjid.com
www.saifulislam.com
www.al-qayyim.net
www.hafizfirdaus.com
www.sultan.org
www.jihadunspun.com
www.islamicstate.org