Thursday, October 30, 2008

Dapatkan Majalah As-Sunnah



Book Name:
Majalah as-Sunnah Edisi Bundle (Hard Cover)


Mengumpul pelbagai artikel dan tulisan dari kalangan ustaz-ustaz dari indonesia yang bermanhaj salaf (ahlus Sunnah) dan turut mengetengahkan tulisan-tulisan ulama timur tengah.

Publisher:
Yayasan Lajnah Istiqomah Surakarta


Price:
RM64 (Edisi Bundle, setiap bundle mengandungi 6 set majalah edisi terdahulu)

Description:

Pada asalnya, ia merupakan salah satu bentuk majalah bulanan. Diterbitkan dan diedarkan setiap bulan dengan artikel-artikel/tulisan-tulisan (pengisian) ilmiyah yang pelbagai bersumberkan manhaj ahlus sunnah wa l-Jama'ah. Setiap isu dan pengisian ditulis oleh Author dari kalangan ustaz dari Indonesia dan para ulama dari timur tengah (terjemahan Indonesia). Setiap perbahasan adalah cukup ilmiyah berdasarkan rujukan serta kajian para ulama salafus soleh atas rujukan al-Qur’an dan as-Sunnah.

Kini majalah bulanan ini telah mula diterbitkan semula dalam bentuk bundle bagi edisi-edisi terdahulu. Sekaligus, ia memberi peluang kepada mereka yang tertinggal edisi-edisi majalah ini pada masa yang telah lalu untuk mendapatkannya semula. Bagi setiap edisi bundle yang diterbitkan, ia mengandungi 6 set majalah. Ia di-bundlekan dalam bentuk hard-cover.

Pages:
Edisi bulanan biasa mengandungi 70 pages setiap isu. Maka, darabkan dengan 6 majalah.

Weight:
1.3kg (bagi setiap bundle)

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email:
dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan atau pembelian.


Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

Buku: Sejarah Pemikiran 1



Sejarah Pemikiran 1(Sumber Ilmu, Perbandingan Ideologi, Dan Orde Baru Dunia)

Book Name:
Sejarah Pemikiran 1 (Sumber Ilmu, Perbandingan Ideologi, Dan Orde Baru Dunia

Author: Dr. Sulaiman Nordin BSc ((A.N.U), PhD (Aberd.), BIS (Ummul Qura))

Publisher: Perniagaan Jahabersa

Price:
RM60 (Hard Cover)
RM45 (Soft Cover)


Weight: 1000 gram

Description:

Dr. Sulaiman Nordin merupakan bekas Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor dan juga bekas pensyarah Universiti Pertanian Malaysia (UPM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi. Beliau adalah penulis buku Sejarah Pemikiran Sains Barat Moden dan Percanggahannya dengan Islam, Gerakan Antarabangsa dan Keselamatan Negara, Muzik Rock dan Nilai Moralnya, dan penulis bersama Teori Evolusi Darwin - Suatu Andaian atau Ideologi, juga penyunting buku “Akidah Ahlus Sunnah wal-Jama’ah”.

Testimoni,

“Buku ini adalah sesungguhnya adalah buku yang istimewa kerana penulisnya mempunyai latar belakang pendidikan yang sememangnya unik. Tidak ramai penulis berpeluang menimba ilmu pengetahuan di peringkat ijazah daripada dua sistem yang berbeza seperti beliau, iaitu mendapat ijazah pengajian tinggi dalam bidang sains di Australia dan United Kingdom di samping kemudiannya ijazah Islam dari Ummul Qura, Makkatul Mukarramah.” (Prof Dr. Abdul Latif Samian, Pengarah Pusat Pengajian Umum, UKM)

“Buku ini boleh dimanfaatkan oleh semua lapisan masyarakat. Ia membincangkan secara kritis pemikiran-pemikiran kontemporari seperti komunis, kapitalis, hak asasi manusia, sebab-sebab peperangan dunia, sains politik, dan sains ekonomi.” (Sohibus Samahah al-Ustaz Wan Zahidi Wan Teh, Mufti Wilayah Persekutuan)

“Dr. Sulaiman telah menjelaskan dari sudut bagaimana sistem sosialisme (komunisme) merupakan serampang dua mata atau seperti talam dua muka. Beliau mengutarakan pendapat ramai pengkaji para ilmuan Barat sendiri berkenaan adanya kumpulan sulit “Illuminiti” di belakang tabir kedua sistem politik tersebut. Buku ini menjelaskan siapa dan hala tuju agenda mereka.” (Prof. Madya Dr. Mohammad Agus Yusoff, Ketua Program Sains Politik, Pusat Pengajian Sejarah, Politik, dan Strategi Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM)

Total Pages: 499 pages

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan atau pembelian atau layari http://galeriniaga.blogspot.com/

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

Thursday, October 23, 2008

Bersedekahlah! Sebelum sedekah anda ditolak...


Bab Sedekah Sebelum Ditolak

SAHIH BUKHARI

١٤١١- حَدَّثَنَا آدَمُ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ حَدَّثَنَا مَعْبَدُ بْنُ خَالِدٍ قَالَ سَمِعْتُ حَارِثَةَ بْنَ وَهْبٍ قَالَ سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ تَصَدَّقُوا فَإِنَّهُ يَأْتِي عَلَيْكُمْ زَمَانٌ يَمْشِي الرَّجُلُ بِصَدَقَتِهِ فَلَا يَجِدُ مَنْ يَقْبَلُهَا يَقُولُ الرَّجُلُ لَوْ جِئْتَ بِهَا بِالْأَمْسِ لَقَبِلْتُهَا فَأَمَّا الْيَوْمَ فَلَا حَاجَةَ لِي بِهَا

Adam telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Syu'bah telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Ma'bad bin Khalid telah meriwayatkan kepada kami, beliau berkata: "Saya mendengar Haritsah bin Wahb berkata: "Saya mendengar Nabi s.a.w. bersabda: "Bersedekahlah kamu! Kerana sesungguhnya akan datang kepadamu satu zaman di mana seorang orang lelaki berjalan dengan sedekahnya tetapi tidak menemui orang yang boleh menerima sedekahnya. Lelaki (yang ditemui) berkata: "Kalau engkau datang kelmarin pasti saya akan menerimanya. Adapun hari ini aku tidak lagi memerlukannya."

١٤١٢- حَدَّثَنَا أَبُو الْيَمَانِ أَخْبَرَنَا شُعَيْبٌ حَدَّثَنَا أَبُو الزِّنَادِ عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ :قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يَكْثُرَ فِيكُمْ الْمَالُ فَيَفِيضَ حَتَّى يُهِمَّ رَبَّ الْمَالِ مَنْ يَقْبَلُ صَدَقَتَهُ وَحَتَّى يَعْرِضَهُ فَيَقُولَ الَّذِي يَعْرِضُهُ عَلَيْهِ لَا أَرَبَ لِي

Abu al-Yaman telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Syu`aib telah menceritakan kepada kami, katanya: Abu al-Zinad telah meriwayatkan kepada kami daripada Abd al-Rahman daripada Abu Hurairah, beliau berkata: "Nabi s.a.w. bersabda: "Qiamat tidak akan berlaku sehingga harta menjadi banyak di kalangan kamu sampai harta itu melimpah ruah sehingga orang yang akan menerima sedekah merungsingkan empunya harta (kerana tiada orang yang mahu menerima sedekahnya) dan sehingga dia kemukakannya lalu orang itu berkata: "Tidak perlu."

١٤١٣– حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مُحَمَّدٍ حَدَّثَنَا أَبُو عَاصِمٍ النَّبِيلُ أَخْبَرَنَا سَعْدَانُ بْنُ بِشْرٍ حَدَّثَنَا أَبُو مُجَاهِدٍ حَدَّثَنَا مُحِلُّ بْنُ خَلِيفَةَ الطَّائِيُّ قَالَ سَمِعْتُ عَدِيَّ بْنَ حَاتِمٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ يَقُولُ كُنْتُ عِنْدَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَجَاءَهُ رَجُلَانِ أَحَدُهُمَا يَشْكُو الْعَيْلَةَ وَالْآخَرُ يَشْكُو قَطْعَ السَّبِيلِ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَمَّا قَطْعُ السَّبِيلِ فَإِنَّهُ لَا يَأْتِي عَلَيْكَ إِلَّا قَلِيلٌ حَتَّى تَخْرُجَ الْعِيرُ إِلَى مَكَّةَ بِغَيْرِ خَفِيرٍ وَأَمَّا الْعَيْلَةُ فَإِنَّ السَّاعَةَ لَا تَقُومُ حَتَّى يَطُوفَ أَحَدُكُمْ بِصَدَقَتِهِ لَا يَجِدُ مَنْ يَقْبَلُهَا مِنْهُ ثُمَّ لَيَقِفَنَّ أَحَدُكُمْ بَيْنَ يَدَيْ اللَّهِ لَيْسَ بَيْنَهُ وَبَيْنَهُ حِجَابٌ وَلَا تَرْجُمَانٌ يُتَرْجِمُ لَهُ ثُمَّ لَيَقُولَنَّ لَهُ أَلَمْ أُوتِكَ مَالًا فَلَيَقُولَنَّ بَلَى ثُمَّ لَيَقُولَنَّ أَلَمْ أُرْسِلْ إِلَيْكَ رَسُولًا فَلَيَقُولَنَّ بَلَى فَيَنْظُرُ عَنْ يَمِينِهِ فَلَا يَرَى إِلَّا النَّارَ ثُمَّ يَنْظُرُ عَنْ شِمَالِهِ فَلَا يَرَى إِلَّا النَّارَ فَلْيَتَّقِيَنَّ أَحَدُكُمْ النَّارَ وَلَوْ بِشِقِّ تَمْرَةٍ فَإِنْ لَمْ يَجِدْ فَبِكَلِمَةٍ طَيِّبَةٍ

Abdullah bin Muhammad telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Abu 'Asim al-Nabil telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Sa`dan bin Bisyr telah menceritakan kepada kami, katanya: Abu Mujahid telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Muhill bin Khalifah al-To`iy telah meriwayatkan kepada kami, beliau berkata: "Aku mendengar 'Adiy bin Hatim berkata: "Dulu aku bersama Rasulullah s.a.w. lalu datang dua orang lelaki berjumpa dengannya. Salah seorang darinya mengadu tentang kepapaan manakala seorang lagi mengadu tentang jalan yang tidak selamat. Rasulullah s.a.w. berkata: "Adapun tentang gangguan di tengah jalan tidak akan datang kepada engkau kecuali sekejap sahaja hinggakan nanti rombongan ke Mekah keluar tanpa pengawal. Adapun kepapaan, maka sesungguhnya kiamat tidak akan berlaku sehingga seseorang kamu mengelilingi sambil membawa sedekahnya tetapi tidak menemui orang yang mahu menerima sedekah itu daripadanya. Kemudian seseorang kamu benar-benar akan berdiri di hadapan Allah, tidak ada lagi hijab di antaranya dan Allah dan tidak ada lagi juru bahasa yang akan menterjemahkan kepadanya. Kemudian Tuhan berkata kepadanya: "Bukankah aku telah berikan kamu harta?" Maka mereka akan jawab: "Memang." Kemudian Allah berkata: "Bukankah aku telah utuskan kepadamu seorang rasul?" Mereka akan menjawab: "Memang." Lalu berpaling ke kanan, dia tidak nampak kecuali neraka dan berpaling ke kiri, dia tidak nampak kecuali neraka. Hendaklah seseorang kamu benar-benar menjaga dirinya dari neraka walaupun dengan secebis tamar. Kalau itu pun tidak dapat maka dengan ucapan yang baik."


١٤١٤– حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْعَلَاءِ حَدَّثَنَا أَبُو أُسَامَةَ عَنْ بُرَيْدٍ عَنْ أَبِي بُرْدَةَ عَنْ أَبِي مُوسَى رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَيَأْتِيَنَّ عَلَى النَّاسِ زَمَانٌ يَطُوفُ الرَّجُلُ فِيهِ بِالصَّدَقَةِ مِنْ الذَّهَبِ ثُمَّ لَا يَجِدُ أَحَدًا يَأْخُذُهَا مِنْهُ وَيُرَى الرَّجُلُ الْوَاحِدُ يَتْبَعُهُ أَرْبَعُونَ امْرَأَةً يَلُذْنَ بِهِ مِنْ قِلَّةِ الرِّجَالِ وَكَثْرَةِ النِّسَاءِ

Muhammad bin al-'Alaa` telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Abu Usamah telah meriwayatkan kepada kami daripada Buraid daripada Abi daripada Abi Musa daripada Nabi s.a.w. sabdanya: "Pasti akan datang kepada manusia satu zaman di mana seseorang itu akan membawa sedekahnya berupa emas kemudian dia tidak akan berjumpa seorang pun yang akan mengambil sedekahnya daripadanya. Dan seorang lelaki dilihat dituruti oleh empat puluh orang perempuan, mereka berlindung dengannya kerana sedikitnya lelaki dan ramainya perempuan."

Wednesday, October 22, 2008

Al-fikrah.net



MOre info? http://www.al-fikrah.net/

Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat. (HR. Bukhari)

Workshop Da'wah bersama Sheikh Yusuf Estes

Assalamualaikum wbt.InshaAllah Pertubuhan Kebajikan Al-Nidaa' (www.al-nidaa.com.my) dengan kerjasama IPSI (www.IPSI.com.my) akan menganjurkan satu workshop bersama seorang pendakwah tersohor dari Amerika Syarikat, Sheikh Yusuf Estes (www.islamtomorrow.com).

Beliau (seorang bekas paderi) telah berdakwah di lebih 60 negara dimana ratusan ribu orang telah mndengar mahupun menghadiri ceramahnya. Beliau juga yang boleh berbahasa Arab, adalah pengasas beberapa website Islam termasuk www.youtubeislam.com

Workshop yang akan dikendalikan didalam Bahasa Inggeris ini inshaAllah akan di adakan pada:

Tarikh: Isnin, 24 Nov 2008
Waktu: 9:00pg - 1.00 tghari
Tempat: Lembah Kelang (KL, Subang Jaya atau Shah Alam, tertakluk kepada jumlah penyertaan)

Yuran: RM30 seorang sahaja

Kepada yang berminat sila email kepada shimaderus@yahoo.co.uk dengan butiran sebelum 31 Oktober 2008: Nama:email:No. Telefon.

Firman Allah di dalam Surah Al-Maidah ayat 2, mafhumnya: "Tolong menolonglah kamu sekalian dalam kebaikan dan takwa"

Tuesday, October 21, 2008

Kuliah Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin


Kuliah/Ceramah Mufti Perlis, Sohibus Samahah Dr Mohd Asri Zainul Abidin (www.drmaza.com) akan diadakan di sekitar Lembah Kelang. Butirannya adalah seperti berikut:

1) Kuliah Riyadhus Solihin, Kitab Jilid 2. Sabtu, 25/10/2008 jam 10 pagi di Surau Taman Sri Ukay, Ampang. (lihat PETA)

2) Kuliah Riyadhus Solihin, Kitab Jilid 1. Ahad, 26/10/2008 jam 10 pagi di Kelab Golf Perkhidmatan Awam (KGPA), Bukit Kiara. (lihat PETA)

Situated within 15 minutes' drive from the centre of Kuala Lumpur City, the Club can be reached via various networks of roads.
Hence it is easily accessible from Kuala Lumpur City Centre via Jalan Damansara, Taman Tun Dr Ismail, thence onto Section 16 and finally to Bukit Kiara, whereupon the grand Roman-pillared White House will unfold right before you.

3) Sambutan Eid Al-Mubarak bersama Al-Fikrah.Net, Ahad, 26/10/2008 jam 2 - 5 ptg di Akademi An-Nidaa, Bdr. Tasik Selatan. (lihat http://www.al-fikrah.net/)

Contact person: Hj Shukri 019-3178848 (http://twoti.com/v1/)

Wacana: "Apa Erti Saya Menganut Islam"

Wacana: "Apa Erti Saya Menganut Islam" Bhg 4 - Ust Hasrizal Abd Jamil, 29 Okt 2008

Apa Erti Saya Menganut Islam: Bhg. 4 “Saya Mestilah Muslim Dalam Berkeluarga”
oleh Ustaz Hasrizal Abdul Jamil penulis buku “Aku Terima Nikahnya” dan pengendali laman web saifulislam.com

8.15mlm, Rabu, 29 Oktober 2008
Pertubuhan Kebajikan al-Nidaa’ Malaysia
17A, Lorong Datuk Sulaiman 7,
Taman Tun Dr. Ismail,
60000 Kuala Lumpur


Ringkasan tajuk:

“Seorang Muslim harus menyedari hakikat bahawa beliau bertanggungjawab menegakkan masyarakat Islam dan menyampaikan Islam kepada masyarakat.

Langkah pertama dari tanggungjawab ini yang merupakan langkah yang bersifat tabii dalam usaha ini ialah mendirikan sebuah rumahtangga Muslim.

Untuk mejayakan usaha membina sebuah rumahtangga yang baik, Islam telah menunjukkan beberapa anasir dan sebab-sebab yang memudahkan tanggungjawab dan pencapaian maklumat pembinaan rumahtangga tersebut.”

“Sebenarnya ramai manusia menjadi Muslim kerana hobi atau dilahirkan oleh kedua orang ibubapanya yang memang beragama Islam. Mereka ini pada hakikatnya tidak memahami makna menggabungkan diri dengan Islam. Mereka juga tidak mengerti tentang tuntutan-tuntutan dari penggabungan ini. Lantaran inilah anda dapat melihat mereka berada di satu pihak manakala Islam pula berada di pihak yang lain.” (Mukadimah “Apa Ertinya Saya Menganut Islam”)

Lokasi


Untuk maklumat lanjut sila hubungi:
03-77106900 atau 012-2820244
http://www.al-nidaa.com.my/

Bayaran Masuk:
Dewasa = RM 10
Pelajar = RM 5