Sunday, August 17, 2008

“PROSPECTS FOR A NEW PHILOSOPHY OF MAN AND SOCIETY”


Syarahan Umum

PROSPECTS FOR A NEW PHILOSOPHY OF MAN AND SOCIETY”

pada Rabu, 20 Ogos 2008, jam 10.00 pagi


oleh

PROF. DR. ALPARSLAN ACIKGENC

Timbalan Rektor dan Dekan, Fakulti Sastera dan Sains, Universiti Fatih, Istanbul, Turki

di Dewan Besar, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Langgak Tunku off Jalan Duta,

50480 Kuala Lumpur.


ATUR CARA Rabu, 20 Ogos 2008


9.30 pg. Ketibaan Para Jemputan


9.50 pg.
PROF. DR. ALPARSLAN ACIKGENC

Timbalan Rektor dan Dekan, Fakulti Sastera dan Sains, Universiti Fatih, Istanbul, Turki


10.00 pg. Syarahan Umum
PROSPECTS FOR A NEW PHILOSOPHY OF MAN AND SOCIETY”

oleh PROF. DR. ALPARSLAN ACIKGENC

Moderator: YBhg. Dr. Wan Azhar Wan Ahmah

(Fellow Kanan / Pengarah,Pusat Syariah, Undang-undang & Sains Politik,

Institut Kefahaman Islam Malaysia [IKIM])

11.00 pg. Sesi Perbincangan

11.45 pg. Jamuan Ringan dan Bersurai


Masuk percuma. Berminat? Hubungi En Sham di talian 03 - 6204 6323.


“HIGHER PETROLEUM PRICES AND INTERNATIONAL LIQUIDITY MANAGEMENT”

Syarahan Umum

“HIGHER PETROLEUM PRICES AND INTERNATIONAL LIQUIDITY MANAGEMENT

pada Selasa, 19 Ogos 2008, jam 10.00 pagi

oleh

PROF. DR. AMER AL-ROUBAIE

Kolej Perniagaan dan Kewangan, Universiti Ahlia, Manama, Bahrain

di Dewan Besar, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Langgak Tunku off Jalan Duta,

50480 Kuala Lumpur.


ATUR CARA 19 OGOS 2008 (SELASA)

9.30 pg. Ketibaan Para Jemputan

9.50 pg. Ketibaan Prof. Dr. Amer Al-Roubaie,Kolej Perniagaan dan Kewangan,

Universiti Ahlia, Manama, Bahrain

10.00 pg. Syarahan Umum
“Higher Petroleum Prices and International Liquidity Management "

oleh Prof. Dr. Amer Al-Roubaie

Moderator: YBhg. Tuan Haji Nik Mustapha Haji Nik Hassan

(Timbalan Ketua Pengarah, Institut Kefahaman Islam Malaysia [IKIM])

11.00 pg. Sesi Perbincangan

11.45 pg. Jamuan Ringan dan Bersurai


Masuk percuma. Berminat? Hubungi En Sham di talian 03 - 6204 6323.

Thursday, August 14, 2008

Muzakarah ilmiah

Mulai 12 Ogos 2008,satu siri muzakarah ilmiah akan diadakan merangkumi perbincangan mengenai ilmu-ilmu Islam.

Berikut adalah jadual muzakarah:

Minggu Pertama:

Hari Selasa Pengenalan Kepada Aqidah Ahl Sunnah Wal Jamaah oleh Sdr Abdullah Tahmin bin Muhammad

Rabu Mustalah Hadith oleh Ustaz Ahmad Fauzan bin Yahya

Khamis Pengenalan Kepada Manhaj Ahl Sunnah Wal Jamaah oleh Sdr Abdullah Tahmin bin Muhammad

Minggu Kedua:

Selasa Fiqh Ibadah oleh Sdr Abdullah Tahmin bin Muhammad

Rabu Bahasa Arab oleh Ustaz Ahmad Fauzan bin Yahya

Khamis Fiqh Akhlak oleh Sdr Abdullah Tahmin bin Muhammad

Muzakarah akan dimulakan selepas Isya’ di rumah Saudara Mohammad Faeez(Muhammady7) di alamat: No71,Jalan 45/10 Taman Koperasi Polis Fasa 2 68100,W.P Kuala Lumpur

Sebarang pertanyaan,sila hubungi: Mohammad Faeez Harith(Muhammady7):013-9399085

*Penting:
-Muzakarah hanya terbuka buat muslimin sahaja buat masa ini.
-Sila maklumkan dahulu kehadiran bagi menelakkan sebarang kesulitan.
-Modul akan disediakan atas permintaan peserta dan kos penyediaan modul ditanggung oleh peserta.
-Segala sumbangan untuk menghidupkan muzakarah ini amatlah dialu-alukan.

Barang Cetak Rompal; Fotocopy Buku

Barang Cetak Rompak; Fotocopy Buku
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net

SOALAN
Saya ada menjalankan perniagaan fotokopi dan percetakan komputer secara kecil-kecilan salah satu universiti awam. Masalahnya ustaz, saya menggunakan perisian windows dan microsoft office yang pirate. Saya tahu bahawa tindakan saya ini salah tapi untuk mendapatkan yang original, harganya terlalu mahal. Saya harap dapat Ustaz jelaskan hukum pendapatan daripada perniagaan yang menggunakan perisian pirate ini dan harap dapat ustaz berikan jalan untuk saya selesaikan masalah ini.....

JAWAPAN
Saya rasa jawapannya sudah jelas apabila anda sendiri telah mengerti bahawa ia adalah salah. Ini adalah kerana, harta intelek telah diiktiraf Islam sebagaimana difatwa oleh para ulama sedunia sebagai harta persendirian. Justeru kita tidak boleh mengambil dan menggunakan yang tiruan KHUSUSNYA apabila software tersebut diniagakan. Ini bermakna apabila seseorang menjadikan barang tiruan sebagai ‘tulang belakang' perniagaannya. Perniagaan tersebut adalah haram, hasilnya juga haram.

Ia adalah berdasarkan keputusan Majlis Kesatuan Ulama Sedunia ( Majma Fiqh Islami) dan juga keputusan Majlis Fatwa Eropah yang disebut oleh Syeikh Dr Yusof AL-Qaradawi. DIA KAFIR
Ada orang yang cuba berhujjah mengatakan bahawa Bill Gates adalah kafir, so tiada masalah untuk menggunakan yang pirate. Selain itu ada juga yang menyatakan beliau sudah terlalu kaya, maka penggunaan anda tidak memberikan apa jua kesan kepada kekayaannya.

Hujjah ini adalah meleset dan tertolak dalam Fiqh Islam, kerana Muslim tidak dibenarkan untuk mencuri harta orang kafir (kecuali kafir yang sedang berperang dengan Islam seperti tentera Amerika yang berada di Iraq). Dalam keadaan tiada sebarang peperangan fizikal yang jelas, maka perisian windows adalah harta syarikat Microsoft dan pemilikan itu adalah diiktiraf oleh Shariah dan diharamkan untuk sesiapa sahaja dicerobohi sesuka hati. Dalilnya terlalu banyak, cukuplah Rasulullah s.a.w dan para sahabat berjual beli dengan orang bukan Islam, Yahudi serta Kafir Musyrik, semua itu menunjukkan umat Islzma tidak dibenarkan mencerebohi dan mestilah membelinya dengan cara yang halal. Pendapatan hasil dari perniagaan perisian pirate adalah antara syubhah dan haram sahaja, tidak lain dari itu. Adapun, bagaimana untuk mengurus pendapatan atau hasil yang anda telah yakin haram, anda boleh membaca dalam artikel saya yang lepas.

PENGECUALIAN
Namun begitu, menurut sebahagian ulama, sekiranya para pelajar ingin menggunakan software untuk komputer peribadinya dan bukan untuk perniagaan, hukum mungkin lebih ringan terutamanya jika pelajar ini benar-benar ketandusan wang untuk mendapatkan yang original. Sedangkan ia amat memerlukan komputer dan perisiannya untuk tujuan pembelajarannya. Tatkal aitu, ada ulama yang mengharuskan atas asas : -

a- ‘Hajat Mendesak' dan kedudukan kewangan bermasalah. Berdasarkan kaedah Fiqh :
الحاجة تنزل منزلة الضرورة عامة كانت أو خاصة
Ertinya : "Suatu keperluan yang boleh jatuh dalam kategori terdesak samada ia berbentuk umum atau khusus" (Al-Ashbah Wa An-Nazair, hlm 89)

b- Hanya untuk kegunaan peribadi dan tidak dikomersilkan.

c- Bertempoh, ertinya apabila kedudukan kewangannya sudah baik, ia perlulah membeli yang original.

Demikian juga halnya keadaan para pelajar di Universiti. Sebagai contohnya terdapat pensyarah yang menjadikan buku tertentu sebagai silibus dan bahan rujukan. Setiap subjek mungkin sehingga 5-6 buku digunakan.

Sudah tentu, pelajar tidak mempunyai budjet untuk membeli buku-buku tersebut yang mungkin amat tebal dengan harga tinggi. Lalu tatkala itu, pelajar DIBENARKAN mem'fotostat' halaman TERTENTU yang berkait dengan pembelajarannya, ia juga diharuskan kerana hajiat.
Kembali kepada kes saudara, jika benar-benar saudara menghadapi kesukaran wang (hanya saudara dan Allah yang tahu) untuk membeli yang original, terdapat keringanan untuk anda menggunakan yang produk tiruan itu dulu buat sementara waktu. Ketika perniagaan sudah dapat menjana keuntungan yang baik dan stabil. Tiada lagi ‘keperluan mendesak', maka tatkala itu WAJIBLAH untuk bertukar dan membeli yang original.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net

BENGKEL REMAJA KHALIFAH

BENGKEL REMAJA KHALIFAH “Membentuk Remaja ke arah Kecemerlangan”

(Terbuka kpd pelajar 13-17 tahun)

16-17 Ogos 2008 (Sabtu & Ahad)

Dianjurkan oleh : Khalifah Youth Circle (KYC)

Lokasi: Khalifah Institute Lot 298, Jalan 3,Taman Ampang Utama 68000 Ampang, SelangorTel: 03-4256 6810 Fax: 03-4256 5423 khalifahproject@ yahoo.com

Program ini diadakan Khas untuk remaja dengan menyedari bahawa mereka adalah individu yang sangat istimewa, cuma kadang-kadang tersalah arah dalam membuat pilihan. Kita perlu meletakkan Islam dalam jiwa remaja kembali supaya mereka tahu menentukan hala tuju mereka. Allah telah mengurniakan potensi yang amat besar dalam diri mereka, dan apa yang mereka perlukan adalah peluang untuk menyedari potensi-potensi ini dan mula menggilapnya.

Kenapa progam ini penting? Satu program jati diri yang memberi kesedaran kepada remaja tentang keistimewaan, potensi dan nilai-nilai positif dalam diri mereka. Membawa pemikiran remaja untuk melihat dunia, masyarakat dan dirinya dari sudut pandangan yang universal dan komprehensif dalam menghadapi cabaran alaf baru. Cabaran alaf baru Remaja...

Remaja kini membesar dalam keadaan yang penuh mencabar secara terus-terusan dihujani dengan pengaruh-pengaruh (tv, internet, hiburan dan sebagainya) yang perlahan-lahan mengikis keimanan dan nilai-nilai murni serta menolak mereka ke arah pengaruh secular dan kebendaan tanpa tanggungjawab dan tujuan. Inilah yang dimaksudkan dengan cabaran alaf baru. Pendekatan yang digunakan...

Pendekatan Kaedah Khalifah yang merupakan gabungan nilai-nilai ajaran Islam dengan Ilmu psikologi moden, hasil daripada kajian terperinci Allahyarham Prof. Muhammad al-Mahdi selama lebih 40 tahun. Di akhir program ini remaja insya-allah akan...

1) Lebih menghargai keindahan nilai-nilai ajaran Islam dan lebih bermotivasi untuk sentiasa mengamalkannya.·
2) Memahami bahawa dirinya mempunyai potensi untuk menjadi agen perubah.·
3) Mampu menilai isu dan pemasalahan sosial di sekitarnya secara objektif.·
4) Mempunyai pendirian yang teguh dalam menghindarkan diri daripada terjebak dalam gejala dan pengaruh negatif masa kini.·
5) Menyedari bahawa dirinya bertanggungjawab dalam mengarah proses pembentukan peribadinya ke arah kecemerlangan.

Kelebihan bengkel Khalifah… ·

1) Peserta akan menjadi ahli “Khalifah Teen Circle”·
2) Akan mendapat bimbingan daripada mentor yang terdiri daripada fasilitator terlatih, pelajar universiti.·
3) Akan lebih bersemangat dan bermotivasi untuk mengharungi alam persekolahan.· Mampu untuk membuat pilihan yang betul dan tepat dalam menghadapi cabaran masa kini sebagai pelajar mahupun anak.·
4) Aakan menyedari tentang pengorbanan ibu bapa dan guru dalam mendidik mereka.· Mampu membawa diri ke arah kecemerlangan dan menghindarkan diri dari terlibat dengan gejala sosial·
5) PESERTA akan berpeluang untuk menyertai KEM KHALIFAH 2008 pada CUTI SEKOLAH DISEMBER

Daftar sekarang...

Penyertaan adalah TERHAD kepada 30 orang sahaja. Sila buat tempahan untuk masa depan anak remaja anda secepat mungkin!

BORANG PENYERTAAN:
Nama peserta
No. KP
Umur
Tingkatan
Nama sekolah
Nama ibu/bapa
Alamat rumah
Tel (HP) (R)
Email

Untuk pendaftaran:Fakskan atau E-mail kepada borang ini ke Khalifah Institute 03-4256 5423 / khalifahproject@yahoo.com

Hubungi kami untuk pengesahan pendaftaran: 03-4256 6810 (Farah) 019-3382524 (Ibrahim)

Bayaran RM 150 (termasuk makan minum, penginapan, futsal, fail modul dan sijil penyertaan)

Bank-in tunai atau cek ke akaun Maybank No. 562674202306 atas nama“KI Training & Consultancy Sdn. Bhd.”

Forum: Terhina Umat Islam. Salah Siapa?

Forum: Terhina Umat Islam. Salah Siapa?
Tarikh: 23.8.08
Masa: 9 pagi
Tempat: Masjid Wilayah
Ahli Forum: Dr Asri Zainul Abidin , Ust Taib Azamudden, Dr Harussani Zakaria

More info? www.melayumoden.com

Seminar on Rule of Law

Malaysia Think Tank's Project to Advance Democratic Institutions (PADI) invites you to


Seminar on Rule of Law

2:00-4:00 pm, Sunday 24 August 2008Residence Hotel, UNITEN, Bangi, Selangor

Moderator:
'Abidin Muhriz, Director, Malaysia Think Tank and Head of PADI


Panellists:
Professor Shad Saleem Faruqi, Universiti Teknologi MARA.
YM Raja Aziz Addrusse, former President of the Malaysian Bar Council.
Professor Abdul Aziz Bari, International Islamic University of Malaysia (TBC)


To attend, please send your details to register@malaysiath inktank.org

Malaysia Think Tank Suite 112, 456 - 458 StrandLondon WC2R 0DZUnited Kingdom
Tel: +44 (0)7920 132233Fax: +44 (0)20 7925 0595Web: www.malaysiathinktank.org